Berita palsu buat kacau

Tinjauan BH: 80 peratus responden pernah terima berita palsu

Berita angin atau maklumat palsu dalam pelbagai media sosial terutama yang bersangkutan dengan unsur-unsur agama dan juga perubatan sering kali menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat kita. ROSEBI MOHD SAH (rosebi@sph.com.sg) mendapatkan penjelasan daripada beberapa pakar termasuk asatizah dan doktor perubatan mengenai gejala dan implikasi berita dan maklumat palsu serta beberapa panduan bagi mengatasinya.

KEBANYAKAN anggota masyarakat Melayu/Islam berkata mereka berkongsi sesuatu maklumat atau berita yang mereka terima, terutama yang berunsurkan agama atau perubatan, dengan teman-teman mereka di pelbagai media sosial hanya setakat ingin berkongsi maklumat atau berita itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan