Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pandemik Covid-19 mungkin perjuangan panjang: DPM Heng

Cabaran segera bagi dunia ialah tangani wabak; elak kerosakan jangka sederhana dan panjang
May 21, 2021 | 05:30 AM



NEGARA-NEGARA di seluruh dunia termasuk Singapura yang sedang cuba mengawal pandemik Covid-19 mesti bersiap sedia secara mental bahawa iamungkin perjuangan yang panjang dan penuh dengan ketidakpastian.



"Kita sedang menentang virus yang sangat tangkas.



"Sekiranya ada jurang dalam pertahanan kita, ia akan menyerang dan menjadi lebih teruk dari sebelumnya," kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di Persidangan Nikkei semalam.



Cabaran segera ialah untuk menangani Covid-19 dan mengelakkan kerosakan jangka sederhana hingga panjang berikutan kejutan ekonomi yang teruk yang kemudian membawa kepada kemelesetan ekonomi.



Tahun lalu pemerintah membelanjakan hampir $100 bilion merentasi lima belanjawan dalam sokongan Covid-19.



Jumlah tersebut merupakan 20 peratus Hasil Dalam Negara Kasar (GDP), menurut laporan The Straits Times.



Menjelaskan sebab memberi sokongan sebanyak itu, Encik Heng berkata:



"Jika syarikat tutup dan pekerja terpaksa dibuang kerja, adalah amat sukar untuk kita bina semula apabila situasi bertambah baik kelak.



"Oleh itu, mengekalkan kebolehan kita adalah sangat penting."



Pada masa yang sama, Covid-19 telah mempercepat perubahan dalam pelbagai aspek termasuk pendigitalan dan kemampanan, tambahnya.



Itu sebabnya Perancangan Perubahan Industri (ITM) dilancarkan pada 2016 di bawah Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC), kata beliau.



ITM merupakan perancangan bagi mentransformasi 23 industri termasuk pembuatan, persekitaran binaan, perdagangan dan hubungan, perkhidmatan domestik penting, perkhidmatan moden dan gaya hidup.



Untuk merebut peluang baru dalam dunia pasca-Covid-19, ITM akan disegarkan sebagai sebahagian daripada rancangan baru dalam tempoh lima tahun akan datang yang diberi nama ITM 2025.



Terdapat tiga teras baru iaitu menggabungkan cadangan-cadangan Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST, integrasi lebih erat dengan penyelidikan dan inovasi, dan tumpuan lebih besar terhadap pekerjaan dan kemahiran.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan pengerusi FEC, berkata:



"Kami sedang melihat bagaimana membantu syarikat mengguna pakai teknologi dan inovasi, mereka semula proses dan memberi makna baru kepada pekerjaan - semuanya sangat penting apabila penduduk semakin menua.



"Kami juga akan memperluas kerjasama dengan negara-negara lain agar kita dapat memiliki pasaran yang lebih besar.



"Covid-19 telah mengubah peraturan banyak kegiatan ekonomi yang dilakukan.



"EST baru mengeluarkan laporan dan saya akan menggabungkannya dengan rancangan kami."



Pemerintah juga telah membentuk pasukan bertindak 23 anggota pada Mei tahun lalu untuk mengenal pasti perubahan sistemik yang timbul daripada Covid-19 dan menyediakan rekomendasi kepada FEC tentang bagaimana Singapura boleh memberi nafas baru, memikirkan semula atau menetapkan semula strategi ekonomi.



Dalam laporan yang dikeluarkan pada 17 Mei lalu pasukan bertindak itu telah memberi saranan untuk mendorong transformasi Singapura sebagai nod teknologi, inovasi dan perusahaan.



Ini termasuk mewujudkan sempadan maya baru, merebut peluang pertumbuhan daripada kelestarian, mengembangkan teras Singapura yang tangkas dan kuat, melembagakan perkongsian swasta-awam melalui Pakatan Bertindak Bersama (AfA), dan memperkukuh perkongsian antarabangsa, terutamanya di Asia Tenggara.



Menekankan bahawa persaingan yang membina dapat membantu mempromosikan inovasi dan penyelesaian baru, Encik Heng mengatakan bahawa beliau berharap Singapura akan terus bekerjasama erat dengan semua rakan utamanya.



"Saya harap kita mengambil pendekatan terbuka dan inklusif terhadap hubungan kita di seluruh dunia," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >