Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Panggilan bagi khidmat perubatan kecemasan turun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Panggilan bagi khidmat perubatan kecemasan turun

Feb 06, 2021 | 05:30 AM

JUMLAH panggilan bagi perkhidmatan perubatan kecemasan secara keseluruhan telah merosot pada tahun lalu buat pertama kali sejak 2000.

Menurut laporan yang dikeluarkan semalam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata jumlah yang lebih rendah itu boleh dikaitkan dengan jumlah panggilan yang tidak melibatkan kecemasan serta panggilan kecemasan palsu yang turun mendadak tahun lalu.

Tambah SCDF, keadaan lalu lintas yang kurang sibuk serta kurangnya kemalangan yang berlaku di tempat kerja ketika dan sesudah tempoh pemutus rantaian jangkitan juga menyumbang kepada kemerosotan jumlah panggilan kecemasan itu, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Secara keseluruhan, SCDF telah memberi respons kepada sebanyak 190,882 panggilan bagi perkhidmatan perubatan kecemasan tahun lalu atau sekitar 520 panggilan sehari.

Jumlah panggilan kecemasan merosot 0.3 peratus pada 2020 berbanding 2019.

Ini termasuk 4,000 panggilan yang melibatkan dormitori pekerja asing. Panggilan berkenaan naik mendadak berbanding 2019.

Daripada kesemua panggilan 995 itu, sebanyak 175,953 melibatkan kecemasan - naik 1.2 peratus berbanding 2019 dan peningkatan yang paling kecil sejak 20 tahun lalu.

Sekitar 80 peratus kecemasan yang dikendalikan itu membabitkan kecemasan perubatan seperti serangan penyakit jantung.

Lagi 16 peratus melibatkan kes trauma yang berpunca daripada kemalangan yang berlaku di tempat kerja, barang terjatuh dan serangan ke atas pekerja, manakala baki 4.5 peratus membabitkan kemalangan jalan raya.

Jumlah panggilan kecemasan yang melibatkan individu berusia 65 tahun ke atas, kekal tinggi pada sekitar 43 peratus berbanding kategori kecemasan yang melibatkan golongan usia lain.

Bilangan panggilan yang tidak melibatkan kecemasan turun 16.1 peratus kepada 8,834 panggilan tahun lalu dan panggilan palsu juga turun 14.1 peratus, iaitu sebanyak 6,094 panggilan pada 2020.

SCDF berkata kemerosotan ini adalah disebabkan lebih ramai orang yang berkurung di rumah ekoran pandemik Covid-19 serta pendekatan SCDF dalam mengingatkan orang ramai agar tidak membuat panggilan 995 bagi urusan yang tidak melibatkan kecemasan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3