Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pekerja asing di dormitori: Terima kasih S'pura jaga keselamatan kami!

Dua pekerja Bangladesh lahirkan penghargaan atas sokongan semasa tempoh Covid-19
Mar 28, 2021 | 05:30 AM



Pekerja asing yang menginap di dormitori merupakan golongan paling terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 di Singapura. Lebih 54,000 kes positif bagi Covid-19 melibatkan pekerja asing di dormitori.Untuk mengawal keadaan wabak di dormitori, penduduknya perlu mematuhi pelbagai sekatan ketat, termasuk mengasingkan diri dalam bilik masing-masing dan dilarang melakukan aktiviti sosial di luar. Bagaimana keadaan mereka sekarang? The BM Show meninjau.




SUDAH setahun sejak kes Covid-19 pertama dilaporkan di dormitori pekerja asing di Singapura pada 28 Mac tahun lalu.



Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, pekerja asing yang menetap di dormitori terpaksa mematuhi sekatan yang ketat, termasuk memencilkan diri di bilik dan terhad kepada aktiviti sosial yang tertentu.



Baru-baru ini, The BM Show berpeluang mengunjungi dormitori Westlite Toh Guan di barat Singapura untuk bertemu beberapa pekerja asing dan meninjau bagaimana koronavirus ini telah menjejas dan merubah kehidupan mereka.



Antara mereka adalah seorang warga Bangladesh, Encik Mohiuddin, yang sudah bekerja di Singapura selama 13 tahun.



Dengan jumlah kes yang melibatkan pekerja asing yang menginap di dormitori meningkat hari demi hari, Encik Mohiuddin berkata beliau hanya menunggu masa untuk disahkan positif bagi virus itu.



Akhirnya, seperti yang dibimbangkan, Encik Mohiuddin, yang ditempatkan dalam pengasingan, diuji positif bagi Covid-19 pada September lalu.



"Setelah fasa pertama.... saya sudah mula bekerja selama satu minggu, tetapi terdapat seorang individu yang bekerja bagi projek lain yang diuji positif Covid-19.



"Oleh kerana itu, syarikat saya pun memberi arahan kepada semua agar berada di rumah dan berhenti bekerja supaya dapat mengekang penularan virus itu," kata Encik Mohiuddin, yang bekerja sebagai penyelaras keselamatan di sebuah syarikat binaan.



Setelah menjalani ujian swab, kata Encik Mohiuddin, beliau sebenarnya diuji negatif dan diletakkan di kawasan pengasingan di Tanjong Pagar untuk pemerhatian.



Namun, pada hari ketiga di sana beliau menerima mesej daripada Kementerian Kesihatan (MOH) yang mengatakan bahawa beliau diuji positif bagi Covid-19.



"Sebenarnya saya sedia juga untuk menerima berita itu. Semua orang di sekeliling saya diuji positif.



"Meskipun saya bersedia, saya masih terkejut ketika menerima mesej itu.



"Saya tidak tahu berapa lama saya perlu bersendirian atau perlu menginap di hospital masyarakat," kata bapa dua orang anak itu.



Beliau kemudian dihantar ke kemudahan kuarantin masyarakat di Singapore Expo untuk mendapatkan rawatan selama 21 hari sebelun diuji negatif bagi virus itu dan dibenarkan pulang ke dormitorinya.



Mengulas pengalamannya di dormitori sekarang, Encik Mohiuddin berkata walaupun masih terdapat sekatan yang dilaksanakan, beliau menghargai usaha yang dijalankan untuk menjaga keselamatannya dan rakan-rakannya di dormitori itu.



Turut mengongsi pandangan yang sama ialah Encik Islam Mohammad Najmul, seorang warga Bangladesh, yang berkata kini beliau dapat merasa lebih bebas berbanding semasa sekatan dikenakan pada April tahun lalu.



"Tahun lalu agak teruk. Kami tidak ada pekerjaan. Kami juga tidak dapat keluar sebarangan.



"Sekarang lebih baik kerana kami mempunyai pas yang membolehkan kami keluar bekerja dan juga mendapatkan barang keperluan di pasar mini di dormitori itu.



"Tetapi, saya masih rindu untuk keluar, berjumpa rakan-rakan dan makan bersama. Sekarang saya hanya dapat menggunakan media sosial sahaja untuk berkomunikasi," kata Encik Islam, 29 tahun, yang bekerja sebagai operator di Exxon Mobil.



Walaupun masih terdapat beberapa sekatan ketat yang dilaksanakan di dormitori mereka, Encik Mohiuddin dan Encik Islam tetap mempunyai sikap positif terhadap usaha mengekang penularan Covid-19 di Singapura serta bantuan yang diberikan untuk menyokong mereka.



"Saya berharap kehidupan akan kembali seperti normal supaya kita dapat teruskan aktiviti seperti biasa. Ini adalah sesuatu yang saya rasa semua orang inginkan," kata Encik Islam.



Encik Mohiuddin pula berkata:



"Walaupun saya diuji positif bagi Covid-19, saya percaya bahawa saya tidak mungkin akan mati kerana terdapat banyak sokongan yang diberikan kepada kami.



"Apa yang saya perhatikan adalah berbanding negara lain, Singapura sedang melakukan yang terbaik untuk mengekang virus ini.



"Saya, bagi pihak pekerja asing, ingin mengucapkan terima kasih kepada Singapura."




"Walaupun saya diuji positif bagi Covid-19, saya percaya bahawa saya tidak mungkin akan mati kerana terdapat banyak sokongan yang diberikan kepada kami.

Apa yang saya perhatikan adalah berbanding negara lain, Singapura sedang melakukan yang terbaik untuk mengekang virus ini.

Saya, bagi pihak pekerja asing, ingin mengucapkan terima kasih kepada Singapura."

​- Encik Mohiuddin, warga Bangladesh, penyelaras di syarikat binaan. Beliau sudah bekerja di Singapura selama 13 tahun.



"Tahun lalu agak teruk. Kami tidak ada pekerjaan. Kami juga tidak dapat keluar sebarangan.

Sekarang lebih baik kerana kami mempunyai pas yang membolehkan kami keluar bekerja dan juga mendapatkan barang keperluan di pasar mini di dormitori..."

- Encik Islam Mohammad Najmul, yang bekerja sebagai operator di Exxon Mobil.




Tonton episod kelapan musim terbaru The BM Show hari ini, 10 pagi, menerusi www.beritaharian.sg, Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.




BANTUAN DAN SOKONGAN BAGI PEKERJA ASING



1) Pusat Pekerja Asing (MWC)



http://www.mwc.org.sg/



– Talian bantuan 24 jam: 6536-2692



2) Pertubuhan Kemanusiaan Bagi Ekonomi Buruh Hijrahan (H.O.M.E)



https://www.home.org.sg/



– Talian bantuan: 6341-5535



3) SDI Academy



https://www.sdi-academy.org/



4) migrant x me



https://www.migrantxme.com/



– Boleh dihubungi melalui e-mel di hello@migrantxme.com. `



5) ItsRainingRaincoats



https://sites.google.com/view-/irr-howcanihelp/irr-campaigns




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >