Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENULARAN COVID-19 DI SINGAPURA

Kemudahan rawatan seperti di rumah untuk warga emas dijangkiti Covid-19

Yang pertama dibina di Singapura di Tampines, pesakit boleh bersenam dan lakukan kegiatan untuk kekalkan kecergasan mereka
Oct 01, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT warga emas yang dijangkiti Covid-19 yang dihantar ke kemudahan rawatan masyarakat (CTF) pertama Singapura di Tampines untuk pulih boleh menjangkakan persekitaran seperti di rumah, dengan terdapat senaman dan kegiatan yang dianjurkan setiap hari supaya mereka kekal cergas apabila dikeluarkan dari kemudahan itu.



Dr Nicholas Chew, pengerusi lembaga perubatan Woodlands Health, yang mengendalikan CTF itu, berkata senaman diadakan di kemudahan itu untuk mengelakkan pesakit warga emas tersebut daripada hilang kecergasan atau kekuatan otot.



"Mereka adalah individu dalam masyarakat - mereka banyak bergerak, mereka sebenarnya dalam keadaan baik.



"Namun, dalam keadaan Covid-19 ini, jika kami terpaksa memasukkan mereka dalam persekitaran di mana mereka perlu baring, mereka akan kehilangan kecergasan dengan cepat. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini, kami membawa masuk ahli fisioterapi yang telah mereka senaman dan mereka kini melakukan senaman setiap hari," kata beliau.



Dr Chew menambah bahawa terdapat ahli terapi pekerjaan yang melakukan kegiatan dengan pesakit tersebut.



Terletak di tapak Rumah Jagaan Kesihatan NTUC di Tampines, CTF itu mempunyai kapasiti maksimum sekitar 250 katil dan ia disediakan bagi pesakit yang secara umumnya dalam keadaan baik, tetapi mempunyai masalah kesihatan lain yang memerlukan pemantauan dekat.



Sejauh ini mereka beroperasi dengan kapasiti 150 katil, dengan lebih 70 pesakit kini berada di kemudahan itu.



Pesakit tersebut datang daripada pelbagai tempat, termasuk individu dalam masyarakat yang didiagnos dijangkiti Covid-19.



Selain itu, terdapat pesakit dari hospital yang dihantar ke kemudahan itu untuk pulih setelah dirawat supaya lebih banyak katil dapat disediakan di hospital, dan juga pesakit dari rumah jagaan.



CTF itu akan menyediakan lebih banyak katil mengikut keperluan mereka.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengumumkan pada 19 September lalu bahawa kemudahan itu akan ditubuhkan sebagai respons terhadap kes Covid-19 yang meningkat di sini sepanjang bulan lalu.



Secara umumnya, pesakit dijangka berada di CTF itu selama sekitar 10 hingga 21 hari, bergantung pada keadaan mereka.



Dr Chew berkata tiada program yang ditetapkan bagi pesakit di kemudahan itu, tetapi selain senaman harian yang diadakan, pesakit juga boleh menonton televisyen dan menggunakan Wi-Fi.



Terdapat juga ruang umum di mana mereka boleh berinteraksi dengan satu sama lain dan bermain permainan bersama.



Dr Wong Kirk Chuan, ketua pegawai operasi Woodlands Health, pula menambah bahawa oleh sebab pengunjung tidak dibenarkan datang melawat pesakit di kemudahan itu, pihaknya juga menyediakan beberapa tablet buat pesakit yang tidak memiliki alat sedemikian untuk menghubungi keluarga mereka melalui Skype atau FaceTime.



"Prinsip utama yang kami cuba ikuti adalah selama mereka di sini, kami mahu memastikan jasmani mereka dijaga dan mereka didekati dari segi mental juga."



MOH sebelum ini berkata ia merancang menubuhkan lebih banyak CTF sedemikian pada masa depan.



Meskipun Woodlands Health tidak terlibat dalam rancangan tersebut buat masa ini, Dr Wong berkata ia akan mengongsi pengajaran yang diraih bersama kemudahan tersebut dan pengendali mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >