Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pinjaman buku kini lebih mudah dengan 'Grab-n-Go'

May 18, 2022 | 05:30 AM



MEREKA yang ingin meminjam buku di Bangunan Perpustakaan Negara dapat melakukannya dengan lebih mudah melalui inisiatif baru 'Grab-n-Go'.



Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan pengalaman pengunjung di bawah Pelan Induk Perpustakaan dan Arkib 2025 (LAB25).



NLB berkata perkhidmatan ini juga merupakan salah satu perkhidmatan alternatif daripada Perpustakaan Awam Pusat apabila ia ditutup buat sementara waktu mulai 13 Jun 2022 untuk kerja ubahsuai dijalankan.



Menurut NLB, sistem 'Grab-n-Go' ini menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang membolehkan pengunjung mendapatkan buku dengan beberapa langkah yang mudah.



Pertama, peminjam buku yang ingin mendapat akses kepada buku ini, perlu mengimbas kad pengenalan mereka atau menggunakan e-Kad NLB di gantri 'Study Lounge'.



Kedua, peminjam dapat memilih sebanyak lapan buku daripada koleksi yang ditawarkan.



Kemudian, beliau dapat menuju ke gantri dan mengesan kad pengenalan mereka atau e-Kad NLB di gantri, dan ia akan menyemak buku secara automatik.



Tajuk-tajuk buku yang dipilih akan ditunjukkan di satu skrin untuk disemak oleh peminjam sebelum beliau dapat meminjam buku-buku tersebut.



Setelah menyemak buku-buku yang ingin dipinjam, pengunjung dapat membawa pulang buku-buku tersebut.



Terletak di aras lima 'Study Lounge', Bangunan Perpustakaan Negara ini menawarkan 5,000 koleksi buku.



Ini termasuk buku berbahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil.



Mengulas tentang sistem baru ini, Ketua Perancangan dan Pengembangan Koleksi (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen, berkata sistem ini dapat melengkapi perkhidmatan lain yang sudah ditawarkan di perpustakaan itu.



"Untuk meminjam bahan-bahan perpustakaan, orang ramai harus ke kaunter yang mempunyai RFID dan meletakkan buku mereka untuk meminjam buku-buku ini. Namun, dengan teknologi baru ini, mereka hanya perlu melalui gantri tersebut.



"Inisiatif perintis ini adalah seriring dengan perkhidmatan lain yang sudah ditawarkan seperti e-buku dan e-majalah untuk menyokong kegiatan pembacaan dan pembelajaraan dalam masyarakat," jelasnya.



Tinjauan Berita Harian di perpustakaan semalam menunjukkan terdapat sekitar 250 buku bahasa Melayu dalam genre komik, fiksyen dan bukan fiksyen.



Meskipun terdapat koleksi buku yang kecil di sini ketika Perpustakaan Awam Pusat ditutup pada 13 Jun nanti, Cik Zubaidah berkata orang ramai masih dapat mendapatkan buku-buku mereka di perpustakaan yang berdekatan.



"Koleksi di perpustakaan Singapura sebenarnya luas. Mereka yang sering ke perpustakaan ini boleh ke perpustakaan lain yang berdekatan seperti Library@harbourfront, Perpustakaan di Geylang East dan juga Perpustakaan Toa Payoh.



"Orang ramai masih boleh mendapatkan buku-buku yang mereka inginkan di tempat-tempat tersebut," ujarnya.



Kerja ubah suai di perpustakaan itu dijangkakan selesai pada suku pertama 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >