Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Pembangunan Penjaja dikembangkan

Kursus Sijil Keusahawanan Penjaja akan diadakan untuk penjaja muda yang ingin memasuki bidang perniagaan makanan dan minuman
Jan 12, 2021 | 05:30 AM



BAGI mempermudah peralihan penjaja muda ke dalam bidang penjaja, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan SkillsFuture Singapore (SSG) telah bekerjasama dengan Politeknik Temasek (TP) untuk mengembangkan lagi Program Pembangunan Penjaja (HDP).



Di bawah program tersebut, pihak berkuasa akan memperkenal pascadiploma pekerjaan-pembelajaran (Work-Study Post-Diploma) yang dikenali sebagai Sijil Keusahawanan Penjaja.



Kursus yang dikendalikan selama 12 bulan itu telah dirancang untuk memenuhi keperluan penjaja muda selain menawarkan kurikulum yang lebih padat dan tersusun bagi mengoptimumkan pengalaman pembelajaran dan pengembangan kemahiran penjaja muda yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan makanan dan minuman (F&B) ini.



Kursus yang dibuka kepada graduan baru dari politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan akan bermula Mac ini, merupakan antara perkembangan baru terhadap HDP yang diumumkan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor semalam.



Ketika menyampaikan ucapannya di Seminar Penjaja Singapura di Our Tampines Hub, Dr Khor berkata:



"Saya berharap penyertaan budaya penjaja Singapura dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ketara akan memberi inspirasi kepada usahawan F&B baru untuk menyertai bidang penjaja, sekali gus menyumbang kepada warisan makanan yang kaya di Singapura."



Menurut beliau lagi, sekitar 50 penjaja muda yang menyertai ini akan diberi sokongan dalam tempoh tiga tahun.



Dalam pada itu, Dr Khor berkata para penjaja sedia ada, terutama mereka yang lebih berusia, akan menerima lebih banyak sokongan untuk memanfaatkan teknologi digital, lebih-lebih lagi agar mereka dapat terus menakat sewaktu pandemik Covid-19 kini.



Bagi menyokong mereka dalam peralihan ini, NEA bekerjasama dengan SSG untuk melancarkan modul perintis baru yang dikenali sebagai 'Sesuaikan dengan Perubahan - Pendigitalan untuk Penjaja' di bawah program HDP.



Dikendalikan oleh Institusi Kulinari Asia Politeknik Nanyang (NYP-ACI), modul ini akan membolehkan penjaja belajar mengenai penggunaan e-pembayaran, bagaimana mereka dapat memanfaatkan wadah media sosial serta aplikasi penghantaran makanan untuk memperluas pilihan perniagaan mereka.



"Kami sedar bahawa menggunakan teknologi bukan sesuatu yang mudah, terutama bagi sebilangan penjaja lama kami.



"Saya ingin menggesa agar lebih banyak penjaja mengambil peluang latihan ini dan menggunakan penyelesaian digital untuk mengembangkan perniagaan mereka," kata Dr Khor lagi.



Di acara semalam, seramai 15 penjaja juga telah diiktiraf dengan Anugerah Penjaja Singapura atas sumbangan mereka dalam membentuk budaya penjaja di negara ini.



Penganugerahan yang diadakan buat julung kalinya itu dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) dan akhbar Lianhe Wanbao dengan sokongan NEA.



Ia terbahagi kepada tiga kategori - Anugerah Penjaja Baru Harapan, Anugerah Warisan Penjaja dan Anugerah Penjaja Berdaya Usaha.



Mengulas tentang anugerah tersebut Dr Khor berkata:



"Kita semua tahu bahawa penjaja kita adalah nadi budaya penjaja Singapura dan generasi Singapura juga telah membesar dengan makanan penjaja.



"Sejajar dengan penyertaan Unesco, saya sangat gembira kerana (penghargaan ini dilancarkan) untuk meraikan budaya penjaja serta memberi pengiktirafan dan penghargaan atas dedikasi dan kerja keras penjaja kami."



Penerima anugerah dipilih daripada lebih 110 permohonan dan pemenang yang membawa pulang wang tunai sebanyak $500.



Panel juri termasuk cef selebriti, Cef Eric Teo dan Cef Mel Dean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >