Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Sokongan Inklusif bakal disedia di 7 prasekolah tahun depan

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



DARIPADA berulang-alik antara prasekolah dengan pusat bantuan awal, ibu bapa tidak lama lagi boleh mendaftarkan kanak-kanak yang mempunyai keperluan dari segi pembangunan, di sekolah yang menyediakan kedua-dua perkhidmatan itu tidak lama lagi.



Program Sokongan Inklusif itu akan dirintis di tujuh prasekolah di serata negara menjelang Jun 2022.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, melancarkan program itu semalam di PCF Sparkletots@Fernvale di Blok 455, Sengkang.



Enam prasekolah lain akan melancarkan program itu secara berperingkat pada tahun depan. Ia bertujuan membantu kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun dengan keperluan sokongan sederhana, kata Cik Sun.



Kebanyakan kanak-kanak itu kini disokong di pusat bantuan awal sambil menghadiri prasekolah di tempat lain.



Ini memberi tekanan kepada keluarga dan kanak-kanak yang terpaksa tergesa-gesa antara dua lokasi itu, kata Cik Sun.



Beliau menambah bahawa kanak-kanak yang menghadapi isu berkenaan keperluan pembangunan mereka, akan dapat mempelajari kemahiran sosial yang penting apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya mereka yang melalui proses pembangunan biasa.



Kanak-kanak ini termasuk mereka yang mengalami gangguan kurang tumpuan, kelewatan perkembangan motor dan lambat bertutur.



Kanak-kanak lain juga akan belajar menjadi lebih suka menolong dan memiliki sikap empati melalui interaksi bersama mereka yang mempunyai isu keperluan pembangunan.



Di bawah program oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) itu, para karyawan dalam bidang bantuan awal sepenuh masa dan karyawan pelawat dalam bidang kesihatan akan menyediakan sokongan pakar kepada kanak-kanak yang menghadapi hambatan ini.



Prasekolah juga akan bekerjasama dengan keluarga kanak-kanak itu dalam menyokong kemajuan mereka di rumah dan di sekolah, kata agensi itu dalam satu kenyataan.



Empat penyedia program perintis itu ialah Kementerian Pendidikan (MOE), Yayasan Masyarakat PAP, NTUC First Campus dan Busy Bees Singapore.



ECDA berkata penyedia khidmat itu dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam menyediakan khidmat bantuan awal dan khidmat awal kanak-kanak, pemahaman mereka tentang ciri program itu dan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan perkhidmatannya.



Program perintis itu dijangka berlangsung selama tiga tahun di setiap prasekolah, kata Cik Sun.



Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka perlu menunjukkan surat atau laporan perubatan daripada pakar pediatrik yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Singapura yang menyatakan keadaan anak mereka.



Yuran bulanan adalah dari $10 hingga $430, di samping yuran prasekolah, bergantung kepada pendapatan per kapita isi rumah bulanan, kata ECDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >