Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Girls' Brigade bantu penduduk rentan dapat barang keperluan

Orang ramai boleh bantu 3,000 mereka yang memerlukan di bawah projek 'Friend in Deed'
Jul 08, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai diajak membantu menunaikan permintaan 3,000 penduduk rentan di bawah satu usaha Girls' Brigade Singapura (GBS) baru yang dilancarkan semalam.



Projek bernama Girls' Brigade Friend in Deed @ South West itu membolehkan penduduk meminta barangan keperluan berharga $60 dan ke bawah.



Mereka boleh meminta keperluan dan peralatan rumah seperti cerek elektrik dan cadar, barangan kesihatan dan kesejahteraan seperti pemantau tekanan darah serta bekalan sekolah dan mainan untuk kanak-kanak.



Orang ramai yang mahu membantu menunaikan satu atau lebih permintaan itu boleh melungsuri laman www.gb.org.sg hingga hujung bulan ini untuk maklumat lanjut tentang cara melakukannya.



Apabila keadaan Covid-19 bertambah baik. orang ramai boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam usaha penghantaran barangan ke rumah penerima.



Projek Girls' Brigade Friend in Deed dianjurkan sebagai sebahagian daripada Hari Persahabatan Girls' Brigade tahun ini.



Hari Persahabatan itu dimulakan pada 2011 sebagai projek perkhidmatan masyarakat bagi menghubungkan orang ramai serta pegawai dan anggota Girls' Brigade untuk berkhidmat kepada warga emas serta golongan memerlukan, bersendirian dan mempunyai keperluan pembelajaran khas, dengan berkawan dengan mereka dan melakukan kerja-kerja baik.



Sebagai permulaan, GBS bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West untuk menunaikan permintaan penerima bantuan di bawah program Adopt @ South West.



Projek Girls' Brigade Friend in Deed juga akan menyokong sebuah projek tele-berkawan baru, Adopt-A-Senior @ South West, untuk memberi sokongan sosio-emosi dan menangani isu-isu kesunyian dan pengasingan di kalangan warga emas.



Mulai bulan ini hingga hujung tahun, lebih 120 anggota Girls' Brigade akan mendekati dan berinteraksi dengan 120 warga emas menerusi panggilan telefon atau panggilan video Zoom setiap dua minggu.



Pelancaran projek itu di Pusat Kegiatan Warga Emas NTUC Health di Taman Jurong semalam dihadiri Presiden Halimah Yacob, dan Mayor Darah South West, Cik Low Yen Ling.



Tiga benefisiari telah menerima hadiah yang mereka mintakan semalam, termasuk Encik Periaswamy, 93 tahun, yang telah meminta kipas mudah alih.



Dalam satu kiriman Facebook, Puan Halimah berkata projek itu memberi peluang kepada warga Singapura untuk memainkan peranan mereka dalam membantu golongan rentan dalam msayarakat.



"GB telah kini melanjutkan jangkauan masyarakatnya ke kempen satu bulan yang bertujuan memberi manfaat kepada lebih ramai orang berbanding sebelumnya," kata Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >