Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat urut, hiburan tidak berlesen: Polis siasat 45 individu

Seramai 11 orang pula disiasat atas tuduhan langgar langkah kawalan Covid-19
Aug 21, 2021 | 05:30 AM



SIASATAN terhadap 45 individu sedang dijalankan polis menyusuli serbuan selama seminggu di 42 pusat urut dan sembilan pusat hiburan yang tidak berlesen.



Dalam satu serbuan di pusat berkonsep KTV yang tidak berlesen di Chang Charn Road, empat wanita berusia antara 30 dengan 35 tahun telah ditahan kerana bekerja tanpa permit kerja yang sah, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan semalam.



Seramai 11 orang di premis-premis itu sedang disiasat atas tuduhan melanggar langkah kawalan Covid-19.



Seorang lelaki, 40 tahun, juga telah ditahan atas kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman Keras dan disyaki terlibat dalam pengurusan pusat itu.



Sejumlah 17 pusat dipercayai telah melanggar peraturan di bawah pelbagai Akta seperti Akta Pusat Urut dan Peraturan (Langkah Sementara) Covid-19 2020.



Mereka termasuk tiga pusat yang beroperasi tanpa lesen sah dan satu pusat disyaki gagal memastikan semua pelanggannya memakai pelitup semasa menerima khidmat urut.



Polis menambah bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap 29 individu yang terdiri daripada pengendali, tukang urut dan seorang pelanggan.



Menurut Seksyen 5 (4) Akta Pusat Urut, mereka yang didapati mengendalikan perniagaan yang menyediakan khidmat urut dalam pusat urut tanpa lesen yang sah akan didenda $10,000 atau dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.



Bagi pesalah berulang mereka boleh dikenakan denda $20,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.



Pesalah yang melanggar langkah jarak selamat di bawah Peraturan (Langkah Sementara) (Arahan Kawalan) Covid-19 2020 boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $10,000, atau kededuanya.



Mereka yang disabit bersalah kerana membekalkan minuman keras tanpa lesen sah dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen sah juga boleh dikenakan denda sehingga $20,000 bagi setiap kesalahan.



Polis memberi amaran bahawa mereka "secara konsisten mengambil tindakan penguatkuasaan di pusat urut dan KTV haram untuk menyekat maksiat dan kegiatan haram lain".



Dalam kenyataannya, ia menambah:



"Polis mengambil pendirian sifar toleransi terhadap tingkah laku yang tidak bertanggungjawab berkaitan pelanggaran langkah-langkah ini dan pesalah akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >