Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja yang tunggu laporan probesen rompak kedai $48,000

Dijatuhi hukuman jalani latihan reformasi sekurang-kurangnya satu tahun
Feb 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja, yang pernah melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyerang, sedang menunggu laporan probesen ketika dia kembali terlibat dengan jenayah.



Dia melakukan rompakan bersenjata di sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Jurong pada November lalu.



Kotta Kumar Jeswanth, kini berusia 19 tahun, semalam dijatuhi hukuman untuk menjalani latihan reformasi sekurang-kurangnya satu tahun.



Ini bererti bahawa dia akan ditahan di sebuah pusat dan perlu mengikut peraturan ketat yang merangkumi latihan dan kaunseling.



Dia mengaku bersalah pada Januari atas kesalahan terbarunya termasuk rompakan bersenjata dan menahan wanita secara salah semasa melakukan jenayah itu.



Kes itu melibatkan tiga lelaki lain, yang dikatakan berkaitan dengan rompakan itu, kes yang masih belum selesai. Mereka adalah: Karrtik Stalniraj dan Tusheintar Segaran, yang kedua-duanya berusia 22 tahun, dan Arunasalam Kannan, 27 tahun.



Sebelum melakukan rompakan itu, Kotta pada 19 Oktober tahun lalu mengaku atas satu tuduhan melakukan serangan, bertemu dengan orang lain secara haram untuk tujuan sosial di tengah-engah wabak Covid-19, dan mengganggu ketenteraman dengan berkelahi di tempat awam.



Mahkamah kemudian meminta laporan untuk menilai kesesuaiannya untuk probesen dan dia dijatuhi hukuman pada 30 November tahun lalu. Namun, dia kemudian melakukan rompakan bersenjata dengan dua rakannya yang dituduh pada awal bulan itu.



Timbalan Pendakwa Raya Chong Yonghui berkata bahawa Kotta bertemu dengan Karrtik dan Tusheintar berhampiran premis syarikat OT Credit di Blok 135 Jurong Gateway Road sekitar 12 tengah hari pada 19 November tahun lalu. Cik Candy Yang adalah satu-satunya pekerja OT Credit yang ada pada masa itu.



DPP menambah: "Di dalam premis, tertuduh mendekati mangsa dengan menarik rambutnya menggunakan tangan kirinya dan memegang pisau karambit di tangan kanannya.



"Tertuduh berkata kepada mangsa supaya jangan berteriak dan meminta agar dia memasukkan wang tunai ke dalam beg haversack yang dibawanya.



"Mangsa bimbang akan keselamatannya dan mematuhi kerana takut."



Sementara itu, mahkamah diberitahu bahawa Karrtik menggeledah premis untuk mendapatkan lebih banyak wang tunai sementara Tusheintar bertindak sebagai pengawas.



Ketiga-tiganya kemudian melarikan diri dengan wang tunai $48,000.



DPP berkata bahawa lelaki-lelaki itu kemudian bertemu dengan Arunasalam di tanah perkuburan Lim Chu Kang untuk membahagi hasil rompakan mereka.



Kotta, yang menerima $14,000, menyerahkan $8,000 kepada Arunasalam dan memberitahu lelaki yang lebih tua itu agar memberikan wang tunai itu kepada keluarga dan kekasihnya.



Kotta juga menyerahkan pisau dan barang kemas kepada Arunasalam dan menyuruh agar membuangnya.



Kotta memakai tag elektronik, alat yang digunakan untuk memantau pesalah jenayah, ketika dia melakukan rompakan tersebut.



Sekitar 4.20 petang, dia mengeluarkan alat itu daripada badannya, menyebabkan kerosakan $500.



Kotta diwakili oleh peguam Patrick Fernandez dan Cheryl Tan. Pada Khamis, mereka memberitahu pihak pengadilan bahawa pelanggan mereka menyesal, sambil menambahkan: "Kotta bukanlah dalang rompakan bersenjata ... Sebaliknya, (dia) dipengaruhi oleh rakan-rakan yang mencadangkan melakukan rompakan untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka."



Bagi kesalahan rompakan bersenjata, pesalah boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan menerima sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >