Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sebahagian kawasan hutan Kranji tersilap dibersihkan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Sebahagian kawasan hutan Kranji tersilap dibersihkan

Kawasan diperuntukkan untuk taman inovasi; JTC sedang siasat kontraktor sebelum pertimbang langkah hukuman
Feb 18, 2021 | 05:30 AM

SEBAHAGIAN kawasan hutan Kranji yang luas yang diperuntukkan untuk Taman Inovasi Agro-Makanan di Kranji, secara tidak sengaja telah dibersihkan sedang pihak berkuasa masih melakukan kajian dasar kepelbagaian bio bagi tanah itu.

Beberapa foto kawasan terjejas yang menunjukkan pemusnahan kawasan hutan seluas 70 hektar yang menempatkan sekitar 40 spesies burung itu telah tersebar di media sosial sejak Ahad lalu.

Satu gambar menunjukkan dereten pokok masih terdapat di sepanjang koridor laluan kereta api bersebelahan, tetapi sebahagian besar tanah lain kelihatan lapang tanpa pokok.

Seorang jurucakap JTC Corporation memberikan respons mengenai perkembangan itu menerusi satu kenyataan kelmarin berkata bahawa pihak kontraktor telah "keliru" sehingga membersihkan hutan tersebut sebelum proses penilaian alam sekitar diselesaikan.

Tapak tanah di Kranji Road dan Kranji Close yang ditebang itu diperuntukkan untuk pembangunan Taman Inovasi Agro-Makanan, kata JTC.

Taman Inovasi Agro-Makanan adalah sebahagian daripada Kawasan Eko Sungei Kadut.

Ia akan digunakan untuk proses penyelidikan dan pengembangan, pelaksanaan prototaip dan operasi pertanian berteknologi tinggi seperti pertanian dalam bangunan dan pembiakan akuakultur.

Sebagai sebahagian daripada persiapan JTC untuk membangunkan Taman Inovasi Agro-Makanan, pihaknya telah melibatkan pakar alam sekitar untuk melakukan kajian dasar kepelbagaian bio pada Disember tahun lalu, dan menyusun rancangan pemantauan dan pengurusan sekitaran untuk bidang-bidang tanah tertentu di kawasan itu, jelasnya.

Kajian dan rancangan itu dijangka selesai pada sekitar April.

Selepas itu JTC akan melibatkan pihak-pihak berkepentingan utama, termasuk kumpulan-kumpulan pencinta alam sekitar untuk membincangkan rancangan pembangunan, katanya.

Namun, pada 13 Januari, JTC mendapati semasa satu pemeriksaan tapak bahawa kontraktornya telah silap menebang beberapa bidang tanah sebelum kajian dasar dan rancangan pemantauan sekitaran untuk kawasan-kawasan tersebut selesai, katanya.

"Menyusuli penemuan ini, JTC mengarahkan kontraktor itu agar menghentikan semua kerja penebangan dengan segera. Sejak itu, tiada kerja lanjut untuk membersihkan tanah dan kontraktor telah diberi amaran tegas," katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, kontraktor Huationg menyatakan bahawa pihaknya telah mematuhi arahan JTC untuk menghentikan semua kerja-kerja penebangan.

"Kami meminta maaf kerana silap membersihkan tapak tanah dan sedang bekerja dengan JTC dalam siasatan yang sedang dijalankan untuk menentukan penyebab kesilapan ini, dan mencegah kejadian serupa pada masa depan," kata Huationg.

JTC menyatakan pihaknya "memandang serius kejadian ini" dan sedang menyiasat bagaimana kesilapan itu berlaku sebelum memutuskan sama ada langkah-langkah hukuman selanjutnya perlu diambil.

Pada Isnin, Persatuan Alam Sekitar Singapura berkongsi catatan di Facebook yang menunjukkan kawasan hutan yang telah ditebang.

"Ini adalah perkembangan yang mengejutkan dan teruk di kawasan hijau yang penting yang terhubung dengan Rel Koridor," kata Persatuan Alam Sekitar Singapura, merujuk kepada petikan gambar dari udara di kawasan itu yang diambil pada Mei 2019 dan Februari 2021.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3