Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sehati sejiwa... walau berbeza

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



ADA jarum hendaklah ada benangnya.



Begitulah keadaan Encik Saire Adnan, yang mempunyai satu kaki dan baru-baru ini bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan Cik Suhaina Omar, seorang ibu tunggal dengan dua orang anak.



Ada yang mungkin berpendapat bahawa berkahwin dengan orang kurang upaya mungkin menjadi beban.



Namun, hubungan Encik Saire, 37 tahun, dan Cik Suhaina, 48 tahun, itu sebenarnya sama saja dengan orang lain. Jurang 11 tahun antara mereka juga tidak menjadi penghalang.



Mengongsi kisahnya dengan Berita Harian, Encik Saire berkata beliau terlibat dalam satu kemalangan di Taman Jurong apabila beliau hilang kawalan ketika menunggang basikal pada 1993. Waktu itu, usianya hanya 10 tahun.



Beliau kemudian terpaksa memotong kakinya pada 2013 apabila terkena jangkitan bakteria.



Encik Saire dan Cik Suhaina bermula sebagai rakan di laman Facebook sejak Jun tahun ini.



Cik Suhaina berkata beliau tidak pernah terbayang untuk mempunyai hubungan dengan seseorang yang kurang upaya.



Namun, ketika beliau telah mengalami masalah peribadi ketika itu, Encik Saire, telah banyak menunjukkan keprihatinan mengenainya.



"Sebelum kami jumpa, memang saya tahu beliau kudung kaki. Oleh kerana saya pada awalnya menganggapnya hanya sebagai seorang kawan, ia sukar bagi saya untuk menerimanya sebagai pasangan saya.



"Setelah beberapa bulan kami berkenalan kemudian, saya mula melihat betapa mulia hatinya. Boleh katakan dari situlah cinta kita mula berputik," seloroh Cik Suhaina, 48 tahun.



Baru-baru ini, pasangan ini telah bernikah untuk memulakan hidup baru bersama sebagai suami dan isteri.



Namun, perjalanan mereka sebelum bernikah agak sukar dan telah menghadapi beberapa cabaran.



Ini termasuk tekanan daripada keluarga dan rakan-rakan.



Memandangkan ini merupakan pernikahan kedua Cik Suhaina, ibu tunggal dua orang anak itu juga berkata ia agak mencabar baginya untuk menjelaskannya kepada kedua-dua anaknya.



"Pada awalnya, keluarga saya bertanya sekiranya saya yakin telah membuat keputusan yang betul. Ramai yang bertanya jika Saire mempunyai kemampuan untuk menjaga saya.



"Beliau hanya mempunyai satu kaki dan bekerja sebagai penghantar makanan. Mereka memandang rendah kerana Saire merupakan seorang yang kurang upaya.



"Tetapi, saya tetap positif dan mencuba untuk menukar persepsi mereka. Saire ini adalah seperti orang biasa, beliau juga memerlukan kasih sayang," kata Cik Suhaina yang sebelum ini pernah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia.



Encik Saire pula melahirkan kesyukuran dan gembira kerana bertemu seorang gadis yang menerima beliau seadanya.



Tambahnya, walaupun ramai yang memandang rendah kepadanya, beliau berharap dapat menukar persepsi masyarakat mengenai orang kurang upaya.



"Jika ada kesusahan sekarang, Insya- Allah dalam masa akan datang ada kesenangan.



"Saya berharap pada masa depan, saya akan dapat pekerjaan sepenuh masa untuk terus menyara keluarga saya sebagai ketua rumah," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >