Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baru Majlis Keselamatan Jalan Raya S'pura dilancar

Skim relawan 'Friends of SRSC' tingkat kesedaran kepentingan keselamatan jalan raya
Jun 01, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh berkongsi panduan dan maklumat serta memimpin inisiatif dalam menyebar kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada teman serta orang tersayang dengan menyertai sebuah skim baru yang dilancarkan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC).



Skim relawan 'Friends of SRSC', yang dilancarkan sempena pelancaran Bulan Keselamatan Jalan Raya, bertujuan memberi setiap individu peluang untuk memainkan peranan dalam mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan jalan raya.



Menerusi para relawan, SRSC berharap mereka dapat mengingatkan teman serta orang tersayang bahawa keselamatan jalan raya itu adalah tanggungjawab setiap orang.



Orang ramai berusia 18 tahun dan ke atas serta mempunyai akaun media sosial boleh menyertai skim itu menerusi laman SRSC di giving.sg dengan sebanyak 10,000 slot disediakan.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya sempena pelancaran kempen Bulan Keselamatan Jalan Raya semalam telah mengumumkan skim baru itu.



Di bawah skim itu, orang ramai boleh menyertai sebagai penyokong keselamatan jalan raya dan akan membantu SRSC berkongsi mesej keselamatan jalan raya menerusi rangkaian peribadi mereka, serta membantu menerajui kempen dan inisiatif fizikal SRSC, kata Dr Faishal.



"Pendekatan kami terhadap keselamatan jalan raya adalah holistik," tambah beliau.



SRSC akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memastikan prasarana serta peraturan jalan raya tempatan dapat menjamin keselamatan di jalan raya, kata Dr Faishal.



Pada masa yang sama, ia akan melaksanakan inisiatif pendidikan serta untuk mendekati pengguna jalan raya untuk bersikap bertimbang rasa dan bertanggungjawab, dan mengamalkan tabiat yang baik semasa mengguna jalan raya.



Antara usaha lain pada kempen Bulan Keselamatan Jalan Raya tahun ini termasuk menyediakan infografik dan video yang menyasarkan pelajar dan kanak-kanak tentang penggunaan kemudahan lalu-lintas yang sesuai untuk menyeberang jalan raya, serta tempat khusus bagi mengambil pulang atau menghantar anak-anak di sekolah.



SRSC juga akan meletakkan poster dan sepanduk makluman jalan raya di serata Singapura.



"Semua langkah ini disokong dengan langkah penguatkuasaan untuk mencegah dan menangkap pengguna jalan raya yang memandu dengan tidak bertanggungjawab," kata Dr Faishal.



Beliau menambah, jalan raya tempatan telah menjadi lebih selamat sejak 2010 dengan menerima 193 kematian akibat nahas jalan raya kepada 107 tahun lalu. Namun sebahagian kemerosotan itu dikaitkan dengan pandemik.



"Biarpun begitu, trend tersebut secara keseluruhan amat menggalakkan. Ia menunjukkan usaha kami untuk mempertingkat keselamatan jalan raya telah berhasil," kata Dr Faishal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >