Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima Anugerah Pengajian Setempat Home Team

Pengalaman dalam NS dan pasukan polis, kukuhkan minat bina kerjaya dalam kumpulan berseragam
Aug 20, 2021 | 05:30 AM



MINATNYA terhadap kumpulan berseragam mula berputik sejak kecil lagi apabila melihat ayahnya berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan mendengar pengalaman ayahnya dalam kumpulan berseragam itu.



Justeru, apabila melangkah ke bangku sekolah menengah, Encik Mohammed Iman Mirza Mohammed Jasni terdorong memilih kumpulan berseragam Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC) sebagai kegiatan kokurikulum (CCA) beliau.



Namun, ia adalah pengalaman Perkhidmatan Negara beliau bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) yang mengukuhkan lagi keinginannya untuk berkhidmat dalam kumpulan berseragam sebagai kerjaya beliau kelak.



Semalam, pemuda berusia 22 tahun itu menerima Anugerah Pengajian Setempat Home Team (Perkhidmatan Berseragam Home Team).



Biasiswa ini diberikan secara tahunan kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran serta CCA mereka, memaparkan ciri-ciri kepimpinan yang menyerlah dan mempunyai minat untuk memulakan kerjaya bersama Home Team.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), Encik Mirza berkata beliau rasa rendah hati dan bersyukur menerima biasiswa tersebut, dan sudah pun memulakan pengajian sarjana muda beliau dalam jurusan Keselamatan Awam di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



"Kursus saya melengkapkan kami dengan pengetahuan yang relevan. Saya percaya bahawa dengan mengambil kursus ini, saya dapat membantu pasukan ini untuk membangunkan lebih banyak strategi menyeluruh dari segi menjalankan tugas polis dalam penguatkuasaan serta strategi membanteras pengganasan.



"Saya rasa ia dapat melatih dan melengkapi pegawai kita dalam bagaimana untuk menangani kecemasan kehidupan sebenar dengan lebih baik," jelasnya, yang kini masih kembali ke bekas sekolah menengahnya, Sekolah Menengah Pierce, untuk berkhidmat sebagai Inspektor Kadet Kanan bagi NPCC secara sukarela.



Menceritakan pengalaman membuka mata sewaktu dalam Perkhidmatan Negara, Encik Mirza berkata ia sewaktu beliau perlu menangani kes seorang lelaki yang cuba membunuh diri.



Menurutnya, yang mencabar adalah beliau dan rakannya perlu meyakinkan lelaki itu agar membuka pintu rumah, dan ia mengambil masa untuk mendapat kepercayaannya.



Anak bongsu dalam tiga adik-beradik itu akhirnya berjaya menenangkan lelaki itu.



Ini, menurutnya, mengajar beliau betapa besarnya tanggungjawab polis dalam membantu masyarakat.



Encik Mirza, yang akan kembali berkhidmat sebagai pegawai SPF setelah tamat pengajiannya, berkata:



"Peranan pegawai polis bukan sahaja tentang penguatkuasaan undang-undang, tetapi kami juga bertindak sebagai 'pelekat' dalam masyarakat.



"Kami bantu untuk memperkukuh pertalian dalam masyarakat dengan membantu menjadi pengantara dalam perselisihan pendapat yang mungkin timbul antara satu sama lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >