Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan yang tidak gentar cabar diri

Keluarga sifatkan Allahyarham Jumabhoy berwawasan, pelopor dalam pelbagai bidang
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



TIDAK gentar mencabar diri untuk mengubah keadaan dan berani merintis jalan dalam apa jua bidang yang diceburi.



Itulah sifat usahawan tersohor, pemimpin masyarakat dan dermawan Allahyarham Ameerali Rajabali Jumabhoy yang dikagumi ahli keluarga dan teman-temannya.



Awal pagi semalam, Allahyarham Ameerali, 94 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Pemergian Allahyarham dikongsi keluarganya dalam satu kenyataan kepada media semalam.



Arwah mengasaskan Scotts Holdings Limited pada 1982, iaitu syarikat di sebalik pembinaan Pusat Beli-Belah Scotts dan kediaman servis Ascott.



"Beliau seorang yang berwawasan dan pelopor, selalu bersedia untuk mencabar status quo. Dia seorang suami, bapa, datuk dan moyang yang penyayang," kata kenyataan itu.



Allahyarham lahir pada 28 Disember 1925.



Bapanya, Encik Rajabali Jumabhoy, yang digelar 'Grand Old Man of Scott's', ialah seorang usahawan terkemuka dan tokoh penting dalam masyarakat India Singapura.



Allahyarham, yang lebih mesra dengan panggilan Ameer, membina Pusat Beli-Belah Scotts, iaitu salah sebuah pusat beli-belah di Singapura yang mempunyai pusat makanan di dalam bangunan, Picnic.



Di bawah pimpinan Allahyarham, keluarga Jumabhoy menceburi cabang perniagaan lain, termasuk rangkaian makanan segera A&W dan operasi bebas cukai di Lapangan Terbang Changi.



Semasa puncak perniagaan itu, aset Scotts bernilai lebih $600 juta.



Pada 1996, Scotts Holdings Limited dijual kepada CapitaLand.



Pada 2019, Allahyarham diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI).



Allahyarham bukan sahaja orang kuat dalam industri, malah memiliki komitmen seumur hidup kepada perkhidmatan awam.



Allahyarham aktif terlibat dalam pertubuhan termasuk Mendaki (di mana beliau merupakan pengerusi Mendaki Holdings), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan dan Majlis Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan.



Beliau juga berada dalam lembaga pengasas Politeknik Singapura dan Lembaga Warisan Negara dan juga menerajui pembinaan semula Masjid Kassim di Changi Road.



Dalam beberapa tahun ini, Allahyarham berkhidmat untuk Persatuan Persahabatan Sino-Singapura, Organisasi Global Orang Asal India dan Yayasan Peringatan Gandhi.



Dedikasi Allahyarham kepada kewarganegaraan aktif terbentuk sewaktu di India semasa Perang Dunia Kedua.



Berpindah ke India bersama ibu dan adik-adik lelakinya semasa peperangan itu, Allahyarham sangat terlibat dalam perjuangan India untuk mencapai kemerderkaan daripada Empayar British.



"Semasa di India, beliau menyertai gerakan 'Quit India' dan dianggap sebagai 'pejuang kemerdekaan'. Beliau membangunkan kesetiaan mendalam dan seumur hidup kepada Mahatma Gandhi dan ditangkap beberapa kali oleh pihak berkuasa kolonial dalam perjuangan kebebasan," kata keluarganya dalam kenyataan itu.



"Beliau ialah lambang 'pemberontak yang dikasihi' yang selalu mencabar norma dan tidak pernah berpuas hati dengan pencapaiannya. Dia akan sangat dirindui."



Allahyarham meninggalkan empat orang anak dan pasangan mereka, 11 cucu dan pasangan mereka dan seorang cicit.



Isterinya, Cik Amina Jumabhoy, meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 68 tahun pada 1992.



Pengembumian Allahyarham dijadualkan berlangsung semalam di perkuburan Islam di Choa Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >