Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Rahmatan lil Alamin sumbang $62,262 bagi Cabaran Presiden

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan lil Alamin (RLAF) telah menyampaikan cek bernilai $62,262 bagi Cabaran Presiden baru-baru ini.



Jumlah itu dikumpul hasil kutipan dana khas menerusi kerjasama antara RLAF dengan Cabaran Presiden, dengan tujuan menyokong pertubuhan yang menyediakan khidmat serta sokongan bagi orang kurang upaya.



Presiden Halimah Yacob menerima sumbangan itu semasa satu upacara penyampaian Anugerah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang berlangsung menerusi wadah Zoom Sabtu lalu.



"Saya harap masyarakat akan terus mendakap semangat belas kasihan sedang kita beralih menjadi negara yang berdaya tahan terhadap Covid-19," ujar Puan Halimah menerusi laman Instagram beliau.



Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah buat kesemua penerima Anugerah Muis tahun ini.



Tambahnya, beliau rasa senang dapat berinteraksi dan menyampaikan anugerah tersebut secara dalam talian kepada 10 penerima anugerah itu atas sumbangan cemerlang mereka kepada kehidupan sosio-agama masyarakat Islam Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >