Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Berjalan' untuk kumpul $2j bantu penduduk CDC North West

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



SATU kempen baru telah dilancarkan CDC North West semalam untuk membantu penduduk yang terus menghadapi kesukaran dek kesan pandemik Covid-19 tahun ini.



Melancarkan kempen yang dinamakan North West Steps of Solidarity itu semalam, Mayor CDC North West Alex Yam berkata mereka berharap dapat mengumpul sebanyak $2 juta hasil sumbangan penderma - termasuk penduduk dan rakan kerja korporat - dengan 20 juta langkah yang diambil peserta.



"Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar dan mencabar bagi ramai penduduk kami. Tentunya kami berharap tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.



"Tahun ini, kami menjangkakan jumlah orang yang kami bantu akan meningkat... dan kami ingin bersiap sedia," ujar Encik Yam.



Tambahnya, jumlah penduduk yang dibantu CDC North West sepanjang setahun lalu bertambah, dengan 15,000 penduduk dibantu menerusi pelbagai skim CDC itu.



Bermula di Kelab Masyarakat Yew Tee, beliau turut menyertai beberapa penduduk berjalan sepanjang sekitar 2 kilometer di kawasan itu, dengan mencapai kira-kira 2,000 langkah seorang.



Menurut CDC North West, dana yang dikumpul daripada kempen itu akan membolehkan mereka terus membantu golongan sasaran utamanya menerusi pelbagai skim bantuan mereka.



Mereka termasuk pelajar, keluarga dan warga emas yang kurang bernasib baik, dengan keperluan dan keadaan yang berbeza.



Antara skim yang membantu mereka termasuk 'North West Food Aid Fund', yang membantu sekitar 15,000 penduduk setiap tahun menerusi penghantaran makanan yang sudah dimasak, pengagihan makanan serta baucar makanan.



Jumlah penduduk yang mendapatkan bantuan di bawah daya usaha itu telah berganda semasa pandemik Covid-19.



Orang ramai boleh menyertai kempen itu menerusi aplikasi 42Race.



Kempen itu berlangsung dari semalam hingga 28 Februari.



Rakan kerja korporat dan orang ramai juga boleh menyumbang kepada kempen tersebut menerusi aplikasi 42Race yang membolehkan mereka menderma melalui PayNow.



Mereka juga boleh menderma dengan menghubungi CDC North West melalui e-mel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >