Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berkhidmat pada masyarakat perkaya pengalaman belia: Alvin Tan

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



KESUKARELAWANAN dan khidmat masyarakat akan membantu belia meraih pengalaman bermakna dan mengembangkan kemahiran mereka, sambil menyokong warga Singapura dengan pelbagai keperluan.



Justeru, mereka harus digalak dan diperkasa untuk berkhidmat kepada masyarakat yang lebih besar.



Demikian dinyatakan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, dalam ucapannya di majlis perasmian sayap belia Persekutuan Muslim India (FIM) semalam.



Sayap baru bernama IMYouth, atau Indian Muslim Youth, itu akan menerajui inisiatif berkaitan anggota masyarakat Muslim India di Singapura yang lebih muda dalam usaha menyatukan mereka di bawah satu bumbung.



Sayap belia itu buat masa ini mempunyai 13 anggota.



"Ini adalah satu inisiatif penting yang menyediakan wadah kepada belia dalam masyarakat Muslim India untuk bersatu dan berkhidmat kepada masyarakat," kata Encik Tan di majlis di Kelab Perkhidmatan Awam itu.



"Belia kita bersemangat membina masa depan Singapura kita, dan mereka mencari peluang untuk berkongsi pandangan mereka, meluaskan aspirasi mereka dan menyumbang kepada pembangunan negara. Sedang belia kita mewakili hanya 25 peratus daripada penduduk kita, mereka adalah 100 peratus masa depan kita," tambahnya.



FIM, badan dengan 20 pertubuhan Muslim India di Singapura yang berada di bawah naungannya, turut melancarkan skim keanggotaan.



Anggota bersekutu boleh bekerjasama dengan anggota sedia ada bagi projek penting buat masyarakat untuk membawa manfaat kepada keluarga yang mungkin memerlukan sokongan pendidikan dan pekerjaan.



Majlis itu turut memaparkan perbincangan panel berjudul Norma Baru dan Permulaan Baru bagi Belia yang disertai ahli panel Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Encik Anbarasu Rajendran; Pengasas dan Presiden pertubuhan antara agama hash.peace, Cik Nazhath Faheema; dan Pengerusi Lembaga Penasihat Sikh, Encik Malminderjit Singh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >