Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berkobar-kobar ingin pertahan S'pura daripada segala ancaman

Feb 17, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN baru sahaja mula menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa bulan lalu, Rekrut (REC) Mohamad Haziq Ruzaiman sudah berkobar-kobar ingin mempertahan Singapura daripada segala ancaman keselamatan.



Malah selepas beliau menerima senapang semasa majlis penyampaian senjata di Fort Canning Green kelmarin, beliau lebih bersemangat ingin berbakti bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara ini.



Menurut REC Haziq, 18 tahun, beliau berasa bangga menerima amanah itu di satu tempat bersejarah, iaitu tempat Britain membuat keputusan menyerahkan Singapura kepada Jepun pada 1942.



"Ini penting bagi saya sebagai anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dan mengingatkan saya mengapa saya harus berbakti dan menjalankan amanah ini dengan baik.



"Saya juga ingin memastikan keamanan dan keselamatan Singapura demi orang yang saya cintai termasuk keluarga dan teman saya agar mereka dapat menikmati kehidupan tanpa rasa takut," ujar bekas pelajar Maktab Rendah Victoria itu.



Beliau merupakan antara lebih 220 rekrut daripada Institut Latihan Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang menerima senapang mereka dalam majlis itu.



Ini juga merupakan kali pertama upacara penyampaian senjata awam bagi rekrut komando SAF diadakan di Fort Canning Green.



Majlis tersebut diadakan sempena upacara memperingati Hari Pertahanan Mutlak anjuran Kementerian Pertahanan (Mindef).



Menurut REC Haziq, beliau tidak sangka diberi peluang berkhidmat dalam unit komando kerana sedar kriteria kemasukannya ketat.



Namun ketika ditemui Berita Minggu, anak sulung daripada keluarga lima beradik itu berkata beliau cukup teruja dapat menyertai unit tersebut dan bertekad ingin berlatih bersungguh-sungguh.



Tambahnya, latihan yang dijalaninya sejak sebulan lalu telah membuatnya lebih berdisiplin dan kuat dari segi mental.



Memandang ke hadapan, beliau juga menyasarkan mahu menyertai kursus pemimpin dan Sekolah Pegawai Kadet (OCS).



Namun buat masa sekarang, REC Haziq berkata beliau tidak sabar menyarung beret merah menjelang Oktober selepas selesai menjalani beberapa fasa latihan yang diperlukan.



Sejak menyertai NS, beliau juga berkata hubungannya dengan keluarga bertambah rapat dan mereka sering ingin mendengar pengalamannya menjalani latihan.



"Bapa saya berkhidmat dalam unit infantri semasa menjalani NS dahulu dan kami selalu bertukar-tukar cerita tentang pengalaman kami.



"Ibu bapa serta saudara-mara saya juga kadangkala mengambil saya dari kem dan menghantar saya ke kem. Mereka bangga dengan saya," ujarnya.



Oleh itu, REC Haziq berkata beliau bertekad ingin terus bekerja keras dan melakukan yang terbaik agar dapat terus membanggakan mereka.



Selain itu, beliau juga ingin mengeratkan hubungannya dengan teman seperjuangannya dalam unit komando sambil mereka menjalani latihan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >