Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Berlumpur, merangkak di laluan sempit antara cabaran ke Terowong Marsiling

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
3

TEROKA ALAM KEHIJAUAN SINGAPURA

Berlumpur, merangkak di laluan sempit antara cabaran ke Terowong Marsiling

Dec 05, 2021 | 05:30 AM

Usaha pemerintah untuk memulihara biodiversiti dengan membangunkan semula kawasan-kawasan yang kaya dengan alam semula jadi telah menarik masyarakat untuk lebih menghargai sekitaran alam. Dengan keadaan pandemik yang hampir dua tahun menghambat percutian ke luar negara, kian ramai memberi tumpuan meneroka pelbagai pelosok taman-taman kehijauan seluruh pulau. Kumpulan pendaki atau 'hikers', sama ada berbentuk kumpulan sosial, sahabat atau anggota keluarga, dengan berpakaian sukan atau kembara, dilihat meredah kawasan hutan Singapura dan meneroka tempat-tempat peninggalan sejarah yang tersembunyi. Ia bukan sahaja menyeronokkan sebagai riadah yang sihat dan merangsang pergerakan fizikal, bahkan memberi perspektif berbeza kepada kehidupan dan sekitaran Singapura. BERITA MINGGU, yang telah menyiarkan siri destinasi alam semula jadi Singapura sejak dua minggu lalu, kali ini membawakan pengalaman Cik Rozita Alias, 52 tahun, pendaki tegar yang sebelum ini menderita penyakit Degenerasi Tulang Belakang Bawah, meneroka Terowong Marsling.

SEKITARAN semula jadi yang penuh kehijauan memberi ketenagan kepada jiwa dan minda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3