Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mempertingkat bilik berita di bawah SPH Media Trust

Bermula titik perubahan penting dengan tamat penyusunan semula

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



TAMATNYA penyusunan semula SPH Media merupakan satu titik perubahan penting bagi syarikat Singapore Press Holdings Limited (SPH), kata pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang.



"(SPH Media Trust) akan menyediakan asas yang kukuh bagi kewartawanan bermutu tinggi di Singapura. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham kerana menyokong penyusunan semula ini.



"Saya yakin SPH Media Trust akan memenuhi misinya untuk berkhidmat sebagai sumber berita setempat dan antarabangsa yang boleh dipercayai dan saya mengucapkan selamat maju jaya sedang mereka memulakan lembaran baru yang menarik, bermakna dan memuaskan ini," kata Dr Lee dalam satu kenyataan SPH malam tadi.



Dalam mesejnya kepada kakitangan SPH Media, Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung, pula berkata:



"Apabila kami memulakan Kajian Strategik awal tahun ini, matlamat kami adalah untuk mendapatkan model perniagaan yang lebih mampan untuk Perniagaan Media, yang boleh mengekalkan sumber dan pelaburan yang diperlukan untuk menyediakan kewartawanan yang boleh dipercayai serta tepat pada masanya yang diperlukan oleh Singapura.



"Saya yakin reputasi perniagaan media bagi kewartawanan bermutu akan maju dengan lebih baik di bawah struktur ini".



Dalam satu kenyataan SPH Media Trust pula, Ketua Pegawai Eksekutif Sementara SPH Media Trust, Encik Patrick Daniel, menarik perhatian kenyataan SPH sebelum ini bahawa "model syarikat tersenarai bukan lagi struktur perniagaan terbaik untuk kewartawanan bermutu.



"Ini adalah sebab utama penyusunan semula media.



"Peralihan kepada SPH Media Trust akan membolehkan SPH Media berkembang tanpa tekanan dipacu keuntungan oleh entiti tersenarai awam.



"Perniagaan media kemudiannya boleh mendapatkan sokongan pembiayaan daripada pelbagai sumber awam dan swasta, walaupun sedang ia berusaha untuk mengembangkan pendapatan komersialnya sendiri," kata Encik Daniel.



Sejajar dengan tamatnya penyusunan semula itu, SPH Media Holdings Pte. Ltd. (Media HoldCo), yang bersama anak syarikatnya memegang perniagaan media, telah dialihkan kepada SPH Media Trust, sebuah syarikat berhad dengan jaminan (CLG) bagi pertimbangan nominal sebanyak $1.



Sumbangan SPH juga akan dipindahkan kepada Media HoldCo dan anak-anak syarikatnya.



Setelah penyusunan itu, SPH tidak lagi perlu memenuhi peraturan yang dikenakan ke atas syarikat akhbar di bawah Akta Akhbar dan Mesin Cetak.




Hasilkan kewartawanan bermutu sebagai kepentingan awam



"Kami berbesar hati telah menyelesaikan pemindahan SPH Media kepada SPH Media Trust hari ini (semalam). Ini menandakan satu peristiwa penting sedang kami memberi tumpuan semula pada misi kami untuk menghasilkan kewartawanan bermutu sebagai kepentingan awam. Ini juga akan memastikan kerelevanan dan kemampanan Media SPH yang berterusan. Kami berterima kasih kepada SPHL atas pengawasannya ke atas SPH Media selama ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan semua orang dalam pasukan baru akan datang untuk mengukuhkan SPH Media sebagai pertubuhan multimedia yang dipercayai.”
– Encik Khaw Boon Wan, Pengerusi SPH Media Trust.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >