Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berpada-pada makan jamuan Raya, agar tidak naik berat badan

Makanan yang mengandungi banyak kalori harus dikurangkan
Jun 11, 2019 | 05:30 AM



HARI Raya merupakan sambutan yang biasa dikaitkan dengan banyak makanan.



Semasa musim perayaan ini, ramai dalam kalangan masyarakat setempat yang menghadapi berat badan yang bertambah, akibat makan terlalu banyak - dan kurangnya kegiatan fizikal.



Menurut Pakar Diet Kanan Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG), Cik Wong Yuefen, tambahan 500 kalori boleh menambah antara 0.5 dengan satu kilogram berat badan dalam seminggu.



Pertambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti yang kemudian boleh menyebabkan risiko kencing manis, kolesterol dan tekanan darah tinggi, serta penyakit jantung.



Seperti contoh dua keping kek lapis yang dimakan setiap hari, dan tanpa pertambahan kepada kegiatan fizikal, boleh menambah setengah kilogram kepada berat badan seseorang.



Justeru memilih makanan selain snek yang lebih sihat boleh membantu mencegah berat badan berlebihan semasa musim perayaan ini.



Cik Wong berkongsi jenis makanan yang biasa dimakan semasa musim perayaan sebegini, dan jenis senaman yang sejajar dengan makanan-makanan tersebut.



  • Tiga keping kuih tart mengandungi 246 kalori = mengayuh basikal selama 45 minit atau 5,412 langkah.

  • Tiga keping lemang (setebal satu sentimeter setiap satu) mengandungi 500 kalori = berlari anak selama 60 minit atau 11,000 langkah.

  • Sepinggan nasi beriani mengandungi 830 kalori = berenang selama tiga jam setengah (20 minit) atau 18,260 langkah.

  • Dua keping kek lapis mengandungi 474 kalori = berjalan selama dua jam (120 minit) atau 10,428 langkah.

  • Rendang daging (satu bahagian) mengandungi 596 kalori = berbasikal selama dua jam (120 minit) atau 13,112 langkah.

Cik Wong turut menasihatkan agar orang ramai terus memilih sajian dan snek lebih sihat bagi mencegah pertambahan berat badan semasa musim perayaan ini.



"Justeru bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih sihat, adalah penting untuk anda membaca label makanan.



"Membaca label makanan boleh menawarkan anda dengan maklumat bagi membantu anda memilih produk makanan lebih sihat," ujarnya.



Menurut beliau lagi, pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat dapat mencegah pemakanan yang berlebihan dan keinginan memakan snek.



Ini kerana makanan dengan kandungan tinggi serat memerlukan tempoh lebih lama untuk dihadam, maka membuat seseorang itu berasa kenyang dengan tempoh lebih lama.



Ia juga dapat mengawal kadar gula dalam darah serta mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.



Antara makanan yang tinggi kandungan serat termasuk bijirin, nasi perang, roti mil penuh dan biskut mil penuh, sayuran dan buahan serta kekacang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >