Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMUDAH CARA PENJAGAAN DI RAINBOW CENTRE

Buru kerjaya dekati sektor golongan keperluan khas

May 17, 2021 | 05:30 AM



Mencari pekerjaan sepenuh masa selepas tamat pengajian bukan satu perkara mudah, terutamanya di tengah-tengah keadaan pandemik Covid-19 ini. Dua lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) ini bagaimanapun memutuskan untuk merebut peluang sebagai pelatih di bawah Program Pelatih SGUnited untuk menimba pengalaman kerja dan industri. Ikuti kisah mereka. BERITA HARIAN melaporkan.



PADA 2016, mula berputik minat Cik Isfarzana Putri Isfarizal untuk berkhidmat kepada golongan berkeperluan khas setelah beliau terlibat dalam kerja khidmat kemasyarakatan.



Dalam tahun yang sama itu juga, beliau mengambil bahagian dalam acara amal tahunan ChildAid di mana buat pertama kalinya, beliau dapat berinteraksi dengan individu yang mengalami autisme dan sindrom Down.



Sejak itu, beliau terlibat dalam pelbagai acara amal lain dan malah, telah ke luar negara di Indonesia dan Kemboja untuk mengajar kanak-kanak yang kurang bernasib baik.



Lantaran itu, tidak mengejutkan apabila beliau memilih untuk membina kerjaya dalam sektor keperluan khas dan bukan perniagaan maritim - kursus yang diikutinya semasa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Cita-cita Cik Isfarzana mahu bekerja dalam sektor keperluan khas bagaimanapun menghadapi cabaran kerana pekerjaan yang dimahukan beliau memerlukan calon mempunyai sijil diploma atau pengalaman kerja sebelum ini.



Namun mujur, beliau menemui peluang pekerjaan sebagai pemudah cara penjagaan di Rainbow Centre di bawah Program Pelatih SGUnited.



"Apabila saya membaca deskripsi pekerjaan, saya rasa ia satu cara yang baik untuk memulakan perjalanan saya dalam masyarakat berkeperluan khas. Saya mahu lebih terlibat dalam masyarakat ini dan ia merupakan batu loncatan bagi saya lebih memahami individu berkeperluan khas," kata beliau.



Cik Isfarzana, 22 tahun, merupakan pemudah cara penjagaan di pusat penjagaan pelajar di luar waktu sekolah, yang merupakan sebuah pusat bagi pelajar berkeperluan khas.



Beliau memudahkan penyertaan pelajar dalam kegiatan yang bermakna dalam persekitaran yang selamat dan sesuai di pusat itu.



"Untuk melakukan perkara ini, saya perlu sedar dan memahami minat dan pilihan komunikasi setiap pelajar. Ini membantu saya merancang kegiatan yang menarik buat mereka agar mereka didekati secara bermakna di pusat ini," kata beliau.



Cik Isfarzana berkata antara cabaran yang dihadapi di tempat kerjanya ialah mengatasi masalah komunikasi.



Menjelaskan lanjut, beliau berkata beberapa pelajar berkeperluan khas berkomunikasi dengan cara bukan lisan dan mereka perlu menggunakan alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif, iaitu kaedah komunikasi yang menyokong atau menggantikan pertuturan atau penulisan, untuk menyediakan visual bagi kanak-kanak itu berkomunikasi.



Beliau juga menghadapi cabaran membina hubungan dengan pelajar tersebut kerana ramai daripada mereka membina hubungan berdasarkan kepercayaan.



"Ia boleh menjadi agak mencabar untuk bekerjasama dengan mereka tanpa hubungan yang baik kerana mereka mungkin tidak akan mendengar atau rasa selesa dengan anda. Oleh itu, saya perlu konsisten dalam usaha saya untuk memupuk hubungan dengan mereka.



"Kadang kala, ia agak sedih kerana tidak semua kanak-kanak akan suka dengan saya, tetapi saya perlu mengingatkan diri saya sendiri bahawa usaha membina hubungan mengambil masa," kata beliau.



Cik Isfarzana berharap beliau dapat meningkatkan kesedaran tentang masyarakat berkeperluan khas untuk mewujudkan sebuah masyarakat lebih inklusif langkah demi langkah.



Rancangan kerjaya masa depan beliau pula adalah untuk terus mendalami industri pendidikan keperluan khas.



Memberi nasihat kepada lulusan ITE yang lain seperti dirinya, Cik Isfarzana menggalak mereka untuk mencuba apa saja pekerjaan yang mereka mahu.



"Anda tidak akan pernah tahu apa yang anda boleh kecapi sehingga anda mencubanya," kata beliau.




BERPELUANG LEBIH FAHAMI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS



"Apabila saya membaca deskripsi pekerjaan, saya rasa ia satu cara yang baik untuk memulakan perjalanan saya dalam masyarakat berkeperluan khas. Saya mahu lebih terlibat dalam masyarakat ini dan ia merupakan batu loncatan bagi saya lebih memahami individu berkeperluan khas.''
- Cik Isfarzana Putri Isfariza




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >