Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDUTAN UCAPAN ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD DALAM SEMINAR MENDEKATI HATI DAN MINDA

Bersama hulur bantuan, menyatu masyarakat: Masagos

Feb 26, 2019 | 05:30 AM



DALAM ucapan saya pada Hari Raya tahun lalu, saya mengingatkan diri kita tentang bagaimana setiap program kami mempertingkatkan komuniti kita.



Tetapi, kebanyakan kali, program itu tidak disampaikan kepada golongan yang disasarkan kerana kelemahan dalam menyalurkan perkhidmatan itu di saat terakhir.



Program tersebut menggariskan pentingnya keluarga kukuh dalam membina komuniti yang berjaya.



Komuniti mencapai kemajuan baik



Komuniti Melayu/Islam kita adalah kunci utama dalam kemajuan Singapura. Kita boleh bangga dengan kemajuan ini.



Hari ini, hampir 40 peratus orang Melayu mempunyai kelayakan pos menengah atau lebih tinggi, berbanding 31 peratus, lapan tahun lalu. Hanya 1 peratus daripada setiap kohort tidak akan menghabiskan 10 tahun pengajian di sekolah dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini termasuk komuniti Melayu/Islam.



Lebih ramai orang Melayu bekerja sebagai profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen, atau PMET.



Keluarga Melayu mempunyai kewangan lebih kukuh - hampir 90 peratus daripada mereka memiliki rumah sendiri, dan segolongan besar tinggal di rumah empat bilik atau lebih mewah.



Kadar perkahwinan yang melibatkan golongan bawah umur telah berkurangan, dan kadar penceraian bagi kohort perkahwinan baru-baru ini juga telah berkurangan.



Justeru, kita boleh bangga dengan kemajuan komuniti kita, dan bagaimana dalam proses itu, kita telah tampil terutama untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.



Memang ramai sudah tampil. Malah, kadar sukarelawan di kalangan komuniti Melayu/Islam telah berganda dari 2006 hingga 2016.



Saya percaya kejayaan bukan sahaja mengenai berada di atas dan hanya mementingkan diri sendiri.



Ia tentang mengatasi cabaran dan mempunyai kehidupan lebih bermaruah; dan lebih penting lagi, kita boleh menjadi lebih baik daripada ingin berada di atas, dengan kembali pada asas dan membantu mereka yang masih memerlukan.



Hari ini, pemerintah menyokong pasangan dan keluarga di tahap kehidupan berbeza menerusi pelbagai program. Ada bermatlamat mencegah masalah sebelum ia berlaku; sementara ada menjadi pengantara atau memulihkan.



MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) telah bekerja rapat dengan pemerintah dan komuniti dan semua agensi untuk menggabungkan usaha ini, bagi memastikan keluarga menerima bantuan lebih holistik, dan demi memberi peluang terbaik buat keluarga kembali berdikari. Dan ramai keluarga mungkin memerlukan bantuan dalam tahap berbeza kehidupan mereka.



Sokong keluarga yang hadapi pelbagai tekanan



Terutamanya, keluarga yang memerlukan sokongan adalah mereka yang menghadapi pelbagai tekanan.



Mereka menghadapi pelbagai isu dalam peringkat kehidupan mereka, seperti perkahwinan, keibubapaan dan menjaga orang tua.



Cabaran ini bertambah rumit, apabila keluarga ini tidak mempunyai pendapatan stabil, atau pada masa yang sama mengalami penderaan, masalah dadah atau masalah kesihatan.



Isu sosial sebegitu memang kompleks dan mempunyai pelbagai aspek.



Hab INSPIRASI kendalian PPIS (Persatuan Pemudi Islam Singapura) dan AMP (Angkatan Karyawan Islam) adalah contoh bagaimana pasangan disokong - mereka yang berkahwin pada usia muda dan memulakan rumah tangga mereka dengan sumber terhad.



Persatuan Melayu/Islam ini mempunyai tugas sukar tetapi sangat penting buat pasangan yang memerlukan bantuan.



Sebagai contoh, pasangan mungkin tidak mempunyai persiapan atau pendapatan mencukupi untuk menyokong keluarga muda mereka.



Mereka mungkin perlu tinggal di ruang dan keadaan sempit, walaupun mampu memiliki rumah sendiri.



Ibu bapa mereka mungkin juga menghadapi masalah kewangan dan tidak boleh menolong mereka.



Ia memberi tekanan, ditambah lagi dengan keadaan seperti - tidak bekerja atau mempunyai anak sakit - keadaan ini boleh menimbulkan krisis.



Cara penyelesaiannya tidak cepat dan mudah.



Perkuat sokongan komuniti



Ada tiga cara pemerintah, persatuan sektor sosial dan komuniti boleh bekerjasama untuk membantu keluarga memerlukan.



Satu, bekerjasama di kalangan agensi.



Kita perlu memanfaatkan usaha satu sama lain, dan bekerja di kalangan agensi, untuk memberi bantuan secara berintegrasi. Misalnya, Jawatankuasa Nasional dalam Mencegah,



Memulihkan dan recidivisme, melihat keperluan kompleks kanak-kanak berisiko dan belia, dan pesalah, dan keluarga mereka untuk memenuhi keperluan mereka secara holistik.



Jawatankuasa menyatukan agensi pemerintah dan persatuan kemasyarakatan untuk membina pendekatan berintegrasi bagi mencegah kesalahan, melakukan kesalahan semula, dan mempertingkatkan pemulihan.



Adalah kritikal bagi institusi komuniti kita bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk menyokong keluarga kita.



Beberapa minggu lalu, kita melancarkan M3@Wisma Geylang Serai, di mana komuniti boleh mendapat bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan tiga institusi Melayu/Islam - Muis, Mendaki dan Mesra - dan pada masa yang sama juga boleh dirujuk pada program lain kendalian agensi pemerintah, seperti Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, juga ditempatkan dalam bangunan sama.



Gabungan antara tiga institusi dalam M3, membolehkan pendekatan lebih kukuh kepada masyarakat, dengan kerjasama persatuan masyarakat dan agensi pemerintah.



Pada September lalu, M3 melancarkan program selama 10 minggu yang dipanggil KelasMatematika, atau KMM@CC, dipimpin oleh Mendaki sebagai penyedia program di pelbagai kelab masyarakat di Singapura untuk memperkasa ibu bapa dengan kemahiran keibubapaan bagi mengajar anak mereka konsep angka asas, supaya mereka boleh mndapat permulaan baik dalam pendidikan.



Menerusi pendekatan kolaboratif ini, kami berharap dapat memberi bantuan lebih senang dan disasarkan kepada ibu bapa.



Semalam, saya menemui dua penerima program ini. Mereka sangat gembira kerana anak mereka di darjah satu dan boleh belajar dengan baik di sekolah.



Kedua, untuk bermula awal dan fokus pada kerja upstream. Dengan mengenal pasti masalah awal sebelum ia berlaku, kita membantu keluarga melalui kitaran positif.



Sebagai contoh, KidSTART mengambil pendekatan upstream, dengan menyokong keluarga dari peringkat kehamilan sehingga anak mereka berusia enam tahun, jadi kita boleh berikan permulaan kehidupan awal yang terbaik.



Ibu bapa mendapat sokongan kemahiran dan pengetahuan praktikal dalam pembangunan anak, kesihatan dan cara melibatkan anak.



Hab INSPIRASI melibatkan pasangan muda selepas mereka berkahwin, termasuk rujukan kepada skim, penjagaan kanak-kanak dan bantuan pekerjaan.



Mereka juga mengendalikan kumpulan sokongan dan bengkel dalam merancang pemilikan rumah dan latihan kemahiran untuk meraih pendapatan.



Dalam bidang ini, komuniti juga boleh memainkan peranan penting, keluarga merujuk kepada orang yang mereka kenali dahulu - pemimpin agama atau asatizah, pemimpin masyarakat, jiran dan teman.



Misalnya, naib kadi, atau pengendali pernikahan boleh melibatkan pasangan yang bakal berkahwin dengan menawarkan nasihat tentang perkahwinan dan juga berkongsi tip membina rumah tangga yang berdaya tahan.



Dua Naib Kadi berikut adalah Ustaz Ma'az Sallim dan Ustaz Muhd Zahid Zin, yang memanfaatkan media sosial untuk menawarkan nasihat agama dan nasihat perkahwinan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, untuk membantu mereka membina asas kukuh dalam perkahwinan mereka.



Peranan jaga satu sama lain



Akhir sekali, kita mesti memainkan peranan dalam memastikan kita memenuhi perjalanan terakhir dalam menyokong individu atau keluarga dalam perjalanan mereka dan yang memerlukan.



Menyokong keluarga yang lemah memerlukan pendekatan masyarakat yang menyeluruh.



Kita perlu komuniti dan setiap warga Singapura memainkan peranan, menjaga satu sama lain, berkongsi sumber, dan menawarkan masa dan kemahiran untuk membantu mereka yang lebih memerlukan di kalangan kita.



Sukarelawan kita dari akar umbi dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu atau MAEC, menyumbang dengan mendekati keluarga yang mempunyai anak kecil yang memerlukan sokongan, untuk memastikan mereka sedar dan menerima bantuan yang diperlukan.



Salah seorang sukarelawan kita di Kelab Masyarakat (CC) Woodlands, Dr Muhammad Zaidi, juga seorang jurutera pembangunan dan kajian di JTC Corporation, menubuhkan Kelab Pencapaian Muda@Woodlands (Young Achievers Club @ Woodlands).



Saya menemuinya semalam. Beliau sangat ceria dan ghairah hendak menolong masyarakat. Beliau melakukan demikian bersama anggota MAEC.



Program pendekatan ini menyasarkan keluarga dengan anak-anak dalam peringkat darjah satu hingga menengah empat.



Saya dengar Dr Zaidi mempunyai rancangan memperluaskan pendekatan kepada kanak-kanak lebih kecil, seperti di KelasMateMatika @ Woodlands.



Sukarelawan seperti Dr Zaidi telah membantu merapatkan jurang dalam membantu mereka yang memerlukan mendaftar dalam program sokongan yang memanfaatkan mereka. Tahniah Dr Zaidi.



Kesimpulan



Seminar Mendekati Hati dan Minda menawarkan peluang baik untuk berkongsi pandangan pelbagai disiplin. Mari jadikan seminar ini tempat kita menyumbang idea dan inisiatif, dan kurang konflik.



Saya harap kita boleh berkongsi amalan terbaik kita. Kita boleh membawa beberapa pandangan baru dan mencerminkan bagaimana kita boleh melakukan lebih banyak, dan dalam proses ini, membantu keluarga menjadi lebih baik dan membina komuniti lebih baik.



Mari kita bekerjasama, kerana kita hanya boleh berjaya bersama. Seperti peribahasa Melayu, 'Seikat bak sirih, serumpun bak serai'. Selalu bersama. Bersama seperti seikat serai.



Fokus pada apa kita perlu lakukan, dan guna pelbagai kekuatan kita bagi manfaat kita. Saya mengucapkan semoga anda menikmati hari yang baik, melibatkan hati dan minda, dan bersama-sama mempertingkatkan komuniti bersama.




"Kita perlu memanfaatkan usaha satu sama lain, dan bekerja di kalangan agensi, untuk memberi bantuan secara berintegrasi... Adalah kritikal bagi institusi komuniti kita bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk menyokong keluarga kita... komuniti juga boleh memainkan peranan penting, keluarga merujuk kepada orang yang mereka kenali dahulu - pemimpin agama atau asatizah, pemimpin masyarakat, jiran dan teman."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >