MENANGANI kesan perubahan iklim dan mengubah cara dalam penghasilan dan penggunaan merupakan isu global yang mendesak dan memerlukan tindakan kolektif dan bersepadu.
Demikian ditekankan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam dialog Singapura yang keenam berhubung sumber dunia mampan anjuran kumpulan pemikir Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, semalam.