Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersedia selamatkan pesakit walaupun di udara

Oct 28, 2018 | 05:30 AM



Perkhidmatan ambulans swasta di Singapura memainkan peranan penting untuk membantu Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam menyambut panggilan kecemasan yang kian meningkat sejak 1998. Antaranya adalah Hope Ambulance Service yang ditubuhkan 15 tahun lalu bagi meningkatkan taraf panggilan perkhidmatan kecemasan (EMS) di seluruh negara ini. Kini, syarikat ini mempunyai 42 ambulans kecemasan dan lebih 200 pakar penjagaan perubatan termasuk paramedik. ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) menemu ramah dua paramedik berpengalaman dari Hope Ambulance Service untuk mengintai hidup berkerjaya sebagai seorang paramedik.



BERADA setinggi 40,000 kaki di udara, beliau terpaksa melakukan resusitasi aktif untuk menyelamat nyawa seorang pesakit yang tiba-tiba mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan.



Ketika kejadian empat tahun lalu itu, Encik Salizal Salim, 40 tahun, ditugaskan sebagai paramedik ambulans udara untuk membawa adik lelaki seorang pemimpin Timor Leste ke Australia.



"Semasa kejadian itu, kami sudah melalui separuh perjalanan atas udara dan tiada hospital berdekatan yang boleh kami pergi. Saya terpaksa gunakan apa yang saya ada untuk selamatkan nyawanya," kata Encik Salizal seorang paramedik kanan di Hope Ambulance Service.



Mujur, keadaan pesakit dapat dikawal dan sebaik pesawat mendarat di lapangan terbang di Melbourne, pesakit itu digegaskan ke hospital berdekatan.



Pengalaman ini adalah antara detik yang tak dapat beliau lupakan sepanjang kerjaya 18 tahunnya menjadi seorang paramedik.



Encik Salizal mula menyertai dunia perubatan pada 2000 apabila beliau menyertai sebuah skim paramedik anjuran Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Pada waktu itu, beliau baru selesai perkhidmatan negara bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Beliau, seorang graduan berkelulusan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N', mengambil langkah berani mendalami bidang yang beliau tidak pernah ceburi.



Menerusi program yang diikuti, beliau belajar selok-belok menjadi seorang paramedik seperti membaca laporan elektrokardiogram atau ECG dan mengenali ubat perubatan yang harus diberikan kepada pesakit.



Beliau akur mengalami kesukaran kerana tidak cenderung dari segi akademik.



Namun, semangat kesungguhan untuk menyelamatkan nyawa menjadikan motivasi untuk melihat dirinya berjaya.



Kini, Encik Salizal berkhidmat dengan Hope Ambulance Service, iaitu penyedia penjagaan kecemasan swasta terbesar di Singapura yang beroperasi di darat, udara dan laut, 24 jam sehari.



Syarikat itu, yang dahulu hanya mempunyai dua buah ambulans, ditubuhkan pada 2003 bagi membantu menaikkan taraf perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) di seluruh Singapura.



Encik Salizal yang juga pengurus operasi di syarikat itu, telah bersama mereka sejak enam tahun yang lalu.



Sebelum ini, beliau juga pernah menjadi paramedik ambulans dan perindustrian.



Namun, beliau sekarang lebih banyak mengendalikan kes kecemasan ambulans udara yang memerlukannya terbang ke sana sini.



Antaranya, penerbangan 12 jam membawa pesakitnya ke Newscastle, United Kingdom.



Tidak hairan jika beliau menyimpan pasport dan sebuah bagasi di pejabat sekiranya terdapat panggilan kecemasan di saat akhir.



Lantas, kemahiran yang beliau perolehi untuk menyelamatkan nyawa dalam apa jua situasi patut dinilai.



Encik Salizal juga mengongsi peristiwa melihat pemergian bapanya di depan matanya sendiri.



Arwah bapanya mengalami cardiac arrest (serangan jantung) semasa di luar negara pada 2007.



Dari pengalamannya sebagai seorang paramedik, beliau tahu peluang untuk bapanya hidup agak tipis.



Namun, beliau tetap kuat dan cuba menenangkan emosi keluarganya ketika peristiwa itu.



"Sejak itu, apabila saya lihat orang lain menangis melihat orang yang mereka sayang menderita dalam kesakitan, saya faham. Itu yang mendorong saya untuk menyelamatkan nyawa pesakit saya," tambah ayah kepada seorang anak lelaki itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >