Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z - TENAGA membara - DILANTIK ANTARA DUTA TENAGA

Bersemangat, tak sabar... Mahu main peranan tingkat kesedaran tenaga mampan

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



Dalam usaha membina saluran bakat tempatan yang berterusan untuk berkecimpung dalam sektor tenaga di Singapura, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) antara lain menawarkan Biasiswa Industri Tenaga (EIS) dan kini menawarkan ruang perbincangan selamat bagi golongan ini berbincang mengenai isu-isu yang dihadapi industri tenaga melalui Program Duta Tenaga (EAP). Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang mewawancara seorang penerima biasiswa EIS dan seorang duta tenaga untuk mengetahui dorongan mereka untuk memberi sumbangan dalam industri ini.



SELEPAS dilantik sebagai Duta Tenaga bulan lalu, Encik Omer Basil Uqba berkata beliau kian tidak sabar untuk menyertai kegiatan yang ditawarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan dan kemampanan tenaga di sini.



Peranan itu ditawarkan menerusi Program Duta Tenaga (EAP) yang dijalankan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan antara lain bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan belia tentang isu berkaitan tenaga dan mencetus minat mereka memberi sumbangan kepada sektor tenaga.



"Program ini merupakan satu wadah bagi saya untuk memperdalam pengetahuan mengenai sektor tenaga di Singapura.



"Pada masa yang sama, ia juga memberi saya peluang untuk berkumpul dengan belia lain dan berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tenaga bersama individu-individu yang juga mempunyai minat yang sama," ujar Encik Omer, 24 tahun.



"Melalui perbincangan dan aktiviti yang disediakan di bawah program ini, saya yakin kita sedikit sebanyak dapat melakukan peranan kita masing-masing."



Buat masa ini, antara kegiatan dan projek yang ditawarkan di bawah program ini termasuk Youth@SIEW yang baru sahaja diadakan sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW), wisata serta perbincangan dalam talian bersama duta tenaga lain.



Selain Encik Omer, yang buat masa ini berada di tahun ketiga pengajiannya di Politeknik Singapura (SP), terdapat 10 lagi pelajar yang telah dilantik menjadi Duta Tenaga.



Mereka akan berkhidmat sebagai duta selama dua tahun.



Dilancarkan pada 2018, program EAP ini bertujuan untuk menggalakkan advokasi di kalangan belia untuk sektor tenaga.



Semasa dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Omer berkata beliau begitu teruja apabila membaca tentang Pelan Hijau Singapura 2030, yang selain menetapkan sasaran negara bagi mencapai kehidupan lebih mampan, turut merangkumi saranan bagi industri tenaga di sini mempertingkat penghasilan tenaga bersih.



Beliau juga ingin menimba pengalaman dan pengetahuan daripada duta lain, kata Encik Omer.



Dengan perubahan iklim dan pemanasan global menjadi isu-isu yang sering dibincangkan sejak kebelakangan ini, Encik Omer menekankan kepentingan golongan belia untuk turut menyertai perbincangan ini.



"Inilah isu-isu yang akan kita hadapi pada masa depan.



"Kita tidak boleh lari daripadanya, jadi jika kita tidak melakukan apa-apa sekarang, mungkin tidak ada masa depan bagi generasi akan datang.



"Dengan berkongsi pengetahuan kita dengan rakan-rakan atau keluarga kita, saya rasa kita dapat mengubah masa hadapan kita," kata Encik Omer, anak sulung dalam keluarga tiga beradik.



Beliau, yang kini memburu diploma dalam jurusan kejuruteraan mekanikal, ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan yang sama di universiti nanti.



Justeru, beliau berharap dapat menceburi kerjaya dalam sektor tenaga dan terus memainkan peranannya bagi menyebar mesej kemampanan tenaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >