Had jumlah perhimpunan seramai lapan orang kini dibolehkan di rumah sedang langkah pengurusan keselamatan dilonggarkan dalam Fasa Tiga. Ini bermakna asatizah kini boleh mula menawarkan kelas-kelas di rumah. Walaupun kelas di ruang maya kini menjadi pilihan utama, kededua asatizah dan pelajar menghargai peluang bersua muka dan berinteraksi sambil menuntut ilmu.
CIK Siti Zulaiha Mohd Erf`an sudah lama berniat mahu menghadiri kelas agama bersama anak-anaknya secara fizikal namun pandemik Covid-19 menjejas rancangannya memandangkan kebanyakan kelas berpindah ke dalam talian.