Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersenam untuk amal

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kempen dilancarkan semalam dalam usaha menyediakan alat tulis jenama 3M bernilai lebih $102,000 untuk 3,000 pelajar kurang bernasib baik di Daerah South East.



Dianjurkan Majlis Pembangunan Masyarakat South East dan ditaja syarikat sains global 3M, kempen 3M Moves @ South East itu menyeru warga Singapura agar bersenam untuk menyumbang produk bagi mereka yang kurang berkemampuan di tengah-tengah sekatan Covid-19.



Kempen tersebut mempunyai sasaran mencatat 7,000 jam bersenam hingga 11 Oktober ini.



Satu produk akan disumbang sekiranya senaman selama 20 minit dicatatkan.



Di acara pelancaran semalam, Mayor Daerah South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dan Pengarah Urusan dan Naib Presiden 3M di Asia Tenggara dan Ketua Negara 3M Singapura, Encik Kevin McGuigan bersama rakan kempen, kakitangan 3M, kakitangan CDC South East, serta penerima bantuan berkumpul secara maya untuk melakukan dansa bertemakan hari kebangsaan.



Mereka turut melakukan senaman ActiveSG, menyumbang waktu senaman selama 2,200 minit secara keseluruhan bagi memulakan kempen tersebut.



Ini bermakna 110 produk disumbang.



Kempen tahun ini merupakan edisi yang kesembilan.



Sejak program itu dimulakan pada 2013, lebih 227,000 orang telah melibatkan diri dan mengumpulkan produk 3M bernilai lebih $1.3 juta untuk 25,700 penerima bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >