Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berseronok di Hab Sukan Singapura cuti sekolah ini

Mar 08, 2018 | 06:30 PM



SEMPENA cuti sekolah bulan Mac ini, Hab Sukan Singapura akan menganjurkan pesta air selama dua hari hujung minggu ini.



Acara itu menjanjikan hujung minggu yang cukup menyeronokkan bagi kanak-kanak yang boleh menikmati taman permainan air, menyusuri ‘lazy river’ dan mencuba bermain dram air. 



Kegiatan itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 7 malam dan tiada bayaran dikenakan.



Acara itu bertujuan menggalak gaya hidup aktif dan sihat menerusi sukan mesra keluarga, senaman dan kegiatan kanak-kanak.



Namun, orang dewasa juga tidak ketinggalan kerana kegiatan yang disasarkan bagi mereka juga akan disediakan.



Ini termasuk senaman menggunakan botol air, satu rutin tarian yang menggabungkan piloxing dan zumba. 



Mereka juga boleh menikmati acara sukan yang akan turut dianjurkan.



Misalnya mulai 9 pagi Sabtu ini, lebih 100 pasukan akan bertanding dalam pertandingan Century Dragon Boat Race, yang dianjurkan bersama Persatuan Bot Naga Singapura.



Orang ramai boleh melungsuri laman web [embed]https://www.sportshub.com.sg/CommunityPlayDay[/embed] untuk butiran lanjut atau untuk mendaftar bagi kegiatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >