SELEPAS penantian selama dua tahun, Encik Effendy Iskandar Ali akhirnya dapat mengubat rindu dan pulang ke teratak keduanya di Johor Bahru.
Ini selepas pemerintah Singapura dan Malaysia memutuskan untuk membuka semula sempadan darat kededua negara mulai hari ini, tanpa ujian dan kuarantin.
Demi kerinduan pada suasana nyaman di kondominium keluarganya di Kempas, Encik Effendy, 46 tahun, bersedia menempuhi apa sahaja rintangan kesesakan apabila merentasi Koswe nanti.
Walaupun rumahnya itu dijaga baik oleh jirannya sepanjang dua tahun lalu, antara tujuan utama beliau pulang ke Johor ialah untuk menguruskan dan merapikan kondominium empat bilik itu sebagai persiapan menyambut Hari Raya nanti.
Encik Effendy adalah antara ramai warga Singapura lain yang akan merentasi Koswe melalui darat, khususnya menggunakan kenderaan sendiri, buat kali pertama sejak pandemik Covid-19.
Laporan lanjut : Ingin 'jenguk' rumah di JB yang sudah dua tahun ditinggalkan