Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersihkan meja sendiri? Usah bimbang pembersih tak hilang kerja

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



SATU tinjauan nasional berkaitan kebersihan awam mendapati 47 peratus warga Singapura merasakan bahawa membersihkan meja mereka sendiri setelah makan di tempat awam boleh menyebabkan pembersih kehilangan kerja.



Namun, tanggapan ini tidak benar, kata Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor.



"Masih akan ada pembersih yang diperlukan untuk menjaga kebersihan umum pusat makanan...mereka masih perlu membersihkan dan membasmi kuman di meja.



"Bahkan, (jika orang ramai pulangkan dulang mereka sendiri), ini akan membantu para pembersih dari segi memperbaiki kesejahteraan persekitaran kerja mereka," katanya.



Dr Khor melawat Pusat Penjaja Yuhua Village dan Broadway Coffeeshop di Jurong East semalam untuk melancarkan kempen nasional untuk menggalakkan orang ramai membersihkan tempat makan mereka sendiri setelah selesai makan di tempat makan awam.



Tinjauan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu yang dilakukan ke atas 1,402 individu hujung tahun lalu juga mendapati sekitar 90 peratus daripada mereka merasakan orang ramai mesti disuruh melakukannya.



Seramai 76 peratus pula berkata mereka memulangkan dulang dan pinggan mangkuk terpakai kebanyakan waktu di tempat-tempat sedemikian.



Namun, kadar pulangan dulang di kebanyakan pusat penjaja hanya sekitar 30 peratus pada masa ini.



NEA berkata ini menunjukkan bahawa apa yang sebenarnya berlaku tidak mencerminkan tingkah laku yang diinginkan oleh individu dalam hal memulangkan dulang sendiri.



Sementara itu, Dr Khor berkata Kempen Meja Bersih, yang bertujuan menangani percanggahan ini tepat pada masanya dengan pandemik koronavirus yang sedang berlaku, lapor The Straits Times.



Membersihkan meja sendiri mungkin boleh mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit, katanya.



Dalam pada itu, NEA berkata:



"Dengan pandemik yang berlaku sekarang, NEA merayu sokongan daripada orang ramai untuk mengatasi masalah sampah di meja-meja di tempat makanan awam kita.



"Kebersihan diri dan awam yang baik adalah barisan pertahanan pertama terhadap penyakit."



Bermula bulan ini, poster dan isyarat visual lain, serta pengumuman audio akan diperkenal secara progresif di kesemua 111 pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan di Singapura.



NEA juga akan bekerjasama dengan penasihat akar umbi, sukarelawan dan institusi pendidikan untuk mencapai lebih ramai anggota masyarakat, memupuk rasa bertanggungjawab lebih besar terhadap tempat makanan kita, dan menggalak para pengunjung menjaga kebersihan tempat makan awam.



Ia juga akan melibatkan beberapa sekolah dan pelajar mereka untuk menghasilkan pembungkus meja khas untuk pusat penjaja terpilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >