Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bersikap positif antara punca dapat kerja penuh cabaran

Mar 29, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN telah menghantar lebih 40 permohonan pekerjaan dalam tempoh dua bulan setelah menamatkan pengajiannya tahun lalu, Encik Amirul Haqiem Mohamed Noor, masih tidak berjaya mendapatkan pekerjaan tetap.



Meskipun demikian, lulusan jurusan kejuruteraan bioperubatan dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu tidak berputus asa dan meneruskan pencariannya.



Tidak lama selepas itu, Encik Amirul, 28 tahun, mendapati terdapat peluang untuknya menjalani Program Pelatih SGUnited sebagai graduan baru.



Beliau kemudian membuat permohonan untuk jawatan teknisyen makmal pelatih di Oliver Healthcare Packaging Asia, sebuah syarikat huraian pembungkusan jagaan kesihatan dan berjay. Beliau memulakan tugasnya Ogos tahun lalu.



Kerana etika kerjanya yang baik, beliau ditawarkan jawatan sepenuh masa di syarikat tersebut pada Disember tahun lalu, dan telah memulakan peranan barunya lima bulan selepas menjalankan program tersebut.



"Saya sebenarnya tidak percaya mendapat tawaran ini kerana tujuan saya menjalani program ini adalah untuk mendapatkan pengalaman dan mempelajari sebanyak yang mungkin tentang industri ini dalam 12 bulan saya di sini.



"Saya juga mengambil masa untuk memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab saya, dan dari situ, saya dapati bahawa saya berminat dengan proses mereka bungkusan penjagaan kesihatan dan mahu mempertingkat kemahiran itu," tambahnya lagi kepada Berita Harian.



Beliau menjelaskan peranannya sebagai teknisyen makmal sepenuh masa tidak jauh beza dengan peranannya sebagai pelatih.



Selain mengendalikan dan menyenggara pelbagai mesin di pusat teknikal dan melaksanakan ujian bahan untuk menilai sampel pelanggan, ia telah diluaskan kepada tugasan yang memerlukan tanggungjawab yang lebih besar seperti berhubung dengan pembekal luar.



"Peranan ini memerlukan pemahaman lebih mendalam tentang produk yang dihasilkan syarikat Oliver serta keperluan dan juga hambatan serantau untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau Asia-Pasifik," katanya.



Ditanya tentang harapan masa depannya, Encik Amirul berkata beliau ingin mempelajari lebih banyak lagi mengenai proses pengeluaran keseluruhan yang dijalankan di syarikat itu untuk mereka sistem sekatan steril, atau sterile-barrier system



"Ini akan membolehkan saya menjadi lebih peka semasa merancang reka bentuk dan menghasilkan prototaip untuk pelanggan supaya rekaan saya boleh dihasilkan," jelasnya.



Encik Amirul berkata, selain bersikap positif, seseorang itu haruslah memberi fokus kepada apa yang sedang dipelajari.



"Dari situ, kebolehan seseorang untuk membangun dalam peranan yang dijalankan dapat ditentukan.



"Jika anda dapat memberi fokus pada yang positif dalam melakukan apa sahaja, anda dapat membangun secara profesional untuk masa depan," katanya.




"Jika anda dapat memberi fokus pada yang positif dalam melakukan apa sahaja, anda dapat membangun secara profesional untuk masa depan.''
- Encik Amirul Haqiem Mohamed Noor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >