SALING berkenalan dan berkongsi pengalaman adalah satu perkara lumrah baik antara pemimpin dan pegawai pelbagai peringkat mahupun antara rakyat di kalangan negara jiran.
Contohnya, ketika di Singapura, seorang menteri Indonesia serta beberapa pegawai kanannya sempat menjamu selera bersama seorang mantan pegawai kanan kerajaan Malaysia sambil berkongsi pengalaman mengenai operasi perkhidmatan awam dan transformasi birokrasi negara masing-masing.