Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersyukur Bajet dapat ringankan perbelanjaan bulanan keluarga

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



MASA yang lebih banyak diluangkan di rumah sejak pandemik Covid-19 tercetus menyebabkan sebahagian besar pendapatan keluarga disalurkan kepada kos barangan rumah dan juga bil api air.



Justeru, langkah-langkah tambahan untuk membantu keluarga seperti yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini membuat Cik Siti Rashidah Isa, 31 tahun, dan suami Encik Dzulhelmi Shafie, 32 tahun, menghela nafas lega.



Pasangan yang mempunyai dua orang anak berusia tiga dan dua tahun itu akan meraih pelbagai manfaat menerusi langkah sokongan yang diumumkan.



Ini termasuk tambahan 50 peratus baucar U-Save bagi setahun atau rebat bil gas, air dan elektrik $120 hingga $200 yang akan diterima pada April dan Julai.



Keluarganya juga bakal menerima rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) pada April, Julai, Oktober dan Januari tahun depan.



"Langkah-langkah yang diperkenal merangkumi keperluan penting bagi keluarga seperti sokongan tambahan untuk bil api air dan juga baucar yang boleh meringankan sedikit beban kewangan keluarga semasa pandemik ini," kata Cik Rashidah semasa dihubungi Berita Harian.



Pegawai perkhidmatan di sebuah bank itu menambah bahawa meskipun pekerjaannya dan juga pekerjaan suaminya dalam sektor khidmat penghantaran tidak begitu terjejas oleh pandemik ini, mereka berasa lega apabila perbelanjaan bulanan keluarga dapat diringankan melalui sokongan kewangan yang diterima.



Selain mengalu-alukan sokongan wang tambahan dalam bentuk baucar $100 yang boleh digunakan di kedai dan pusat penjaja, Cik Rashidah juga turut bergembira keperluan anak-anaknya turut dipertimbangkan dalam pakej bantuan tersebut.



Kededua anaknya bakal menerima tokokan $200 bagi akaun Pembangunan Kanak-Kanak pada September dan ini boleh digunakan untuk membayar yuran pusat penjagaan kanak-kanak mereka atau disimpan untuk keperluan perubatan.



"Langkah ini meringankan kos pendidikan mereka. Selain itu, memandangkan tak tahu bila keadaan pandemik ini akan berakhir, kami mungkin perlukan simpanan CDA ini untuk perbelanjaan perubatan mereka, bak kata orang sediakan payung sebelum hujan," ujarnya.



Langkah-langkah sokongan tersebut dibentangkan di Parlimen semalam sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan bernilai $900 juta yang bertujuan meringankan beban keluarga terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana mengharungi pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >