Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Bersyukur ramai tampil derma kuih, lauk Raya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

INSIDEN FLAT DI LENGKOK BAHRU DIJILAT API BEBERAPA HARI SEBELUM RAYA

Bersyukur ramai tampil derma kuih, lauk Raya

May 16, 2021 | 05:30 AM

TIGA hari sebelum kebakaran berlaku di flat sewanya di Lengkok Bahru, baju kurung Hari Raya sudah pun disiapkan untuk sembilan anaknya tetapi segalanya hangus dalam kebakaran itu.

Namun, Cik Sarifah Ramin dan suaminya tetap bersyukur kerana ramai yang ke tampil hulurkan bantuan memberi biskut, makanan dan pakaian Hari Raya kepada keluarganya.

Kesedihan yang dialami terubat sedikit apabila sembilan anaknya ketawa riang menjamu selera juadah yang banyak dihidangkan itu.

Dalam kebakaran yang berlaku pada 7 Mei lalu, api menjilat hangus flat sewa yang didiami keluarga itu.

Cik Sarifah berkata beliau percaya anak lelakinya yang berusia enam tahun telah bermain mancis pada hari tersebut. Selepas membakar sekeping kertas, kertas itu dijatuhkannya ke lantas, menyebabkan api merebak dan menjadi kebakaran besar di unit di Blk 59 itu.

Cik Sarifah, 31 tahun, dan suaminya, Encik Zainori Daud, 35 tahun, telah diberi flat sewa baru di blok yang sama setelah kejadian itu yang membolehkan mereka menyambut Hari Raya.

"Sebelum kebakaran itu, saya sudah beli baju kurung buat anak-anak dan saya dan juga suami tetapi semuanya hangus. Mujur ada orang yang baik hati yang dermakan baju untuk anak-anak.

"Cuma saya dan suami pakai baju biasa aje. Walaupun kami sambut Hari Raya dengan penuh kesederhanaan, saya gembira anak-anak faham dengan keadaan kami,'' kata Cik Sarifah.

Beliau melahirkan kesyukuran kerana ramai orang yang tidak dikenali tampil menghulurkan bantuan kepada keluarganya.

"Ramai yang datang beri biskut Raya sampaikan kami ada 20 botol biskut Raya. Banyak pertubuhan termasuk Free Food For All (FFA) memberikan lauk-pauk Raya sampai 11 paket untuk setiap anggota keluarga saya.

"Saya takut terbuang, dapat juga mendermakan sebahagiannya kepada jiran tetangga. Saya ucapkanlah terima kasih kepada semua yang datang membantu,'' luah Cik Sarifah.

Semalam, beliau juga sempat memasak untuk menerima anggota keluarga yang berkunjung.

Oleh kerana anggota keluarganya yang mempunyai 11 orang dalam satu rumah, beliau tidak ke mana-mana memandangkan sekatan Covid-19 yang hanya membenarkan had lima orang apabila membuat kunjungan ke sesebuah rumah tetapi akan dikurangkan lagi kepada dua orang mulai hari ini.

Kebakaran itu menambahkan keadaan kewangan sempit keluarga itu, tambah Cik Sarifah, yang bertugas secara sambilan di pusat khidmat sosial. Suaminya bertugas sebagai pencuci bangunan.

"Sekarang kami hanya fokus mahu bangkit semula dan untuk menguruskan anak-anak. Saya pun akan bantu suami untuk bekerja selepas mendapatkan rawatan lutut saya ini," tambah Cik Sarifah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3