Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bertemu cinta di Sunlove

May 07, 2017 | 07:07 PM



CINTA tidak mengenal usia. Dan cinta juga tidak mengenal tempat.



Bagi pasangan pengantin baru Cik Maria Abdul Hamid, 70 tahun, dan Encik Ismail Sapuan, 62 tahun, pertemuan di Pusat Kegiatan Warga Emas Sunlove di Chai Chee - tempat mereka meluangkan masa menyertai pelbagai program - beberapa bulan lalu membawa mereka ke jenjang pelamin hari ini.



Mereka diijabkabul di Masjid Al-Ansar siang tadi sebelum diraikan dalam satu majlis yang dijayakan bersama sahabat handai, relawan dan kakitangan Pusat Kegiatan Warga Emas Sunlove di pusat itu, lengkap dengan kek kahwin, bunga manggar dan pukulan kompang.



Menurut Cik Maria yang sudah menjadi balu selama 29 tahun, mereka memutuskan untuk membina mahligai bersama kerana percaya telah menemui teman hidup yang dapat mengisi kekosongan jiwa mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >