Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bertemu Presiden Halimah di acara Berkelah Pertengahan Musim Luruh @ Istana

Sep 04, 2022 | 08:03 PM



Sepanjang hayatnya Encik Muhammad Taufiq Mohamed Rahim belum pernah menjejakkan kakinya ke Istana - apatah lagi membawa bersama anak isteri untuk lawatan ke tapak istimewa itu.



Namun semalam (3 September)  beliau bersama salah seorang anak dan isterinya berpeluang bukan sahaja untuk ke Istana, malah bertemu secara dekat dengan Presiden Halimah Yacob.



Encik Muhammad Taufiq merupakan salah seorang daripada 45 tetamu, termasuk kanak-kanak berusia antara empat dengan 14 tahun serta pemberi jagaan mereka yang telah dipelawa ke Istana bagi menghadiri acara Berkelah Pertengahan Musim Luruh yang berlangsung di perkarangan Istana.



Mereka yang tinggal di blok-blok sewa di Kembangan-Chai Chee, telah ditemani para sukarelawan dari Youth Corps Singapore (YCS).



Sebagai rakan masyarakat yang bekerja rapat dengan SSO Bedok, YCS turut mendekati kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah.



Para sukarelawannya membantu menjadi pendamping dan berinteraksi dengan kanak-kanak menerusi program-program yang membina asas kanak-kanak dalam Matematik dan menggalak pembangunan celik huruf sejak muda.



Selain menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan, para tetamu ini yang mendapat jemputan Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) Bedok itu juga berpeluang bertemu secara dekat Presiden Halimah Yacob.



Encik Muhammad Taufiq, 32 tahun berkata peluang untuk melawat perkarangan Istana merupakan peluang yang dinantikannya - apatah lagi jumlah pelawat yang hadir tidak begitu ramai. 



"Memang sebelum ini saya tahu Istana hanya dibuka pada hari-hari tertentu sahaja dan bila dibuka pasti ramai pengunjungnya.



"Tapi kali ini ia berbeza, kerana saya dapat bawa anak isteri bersama dalam suasana yang cukup tenang tapi tetap menyeronokkan," ujar pekerja penghantar barangan dengan sebuah syarikat itu lagi.



Bapa tiga anak itu bersama isterinya, Cik Nuur Siti Shahidah Misdi, 26 tahun dan anak sulungnya Nur Naura Nafisha, lima tahun telah menghabiskan masa sekitar dua jam untuk mengelilingi kawasan Istana dan menyertai kegiatan seperti menghiasi tanglong.



Mereka juga berpeluang bertemu dan bermesra dengan Presiden Halimah, yang merupakan hos acara tersebut, secara dekat - satu pengalaman yang sukar dilupakan keluarganya.



"Beliau begitu mesra dengan kami dan tiada masalah untuk bergambar bersama kami," ujarnya lagi.



Dalam catatannya, Presiden Halimah berharap agar kanak-kanak yang menyertai acara tersebut telah menikmati masa mereka meneroka perkarangan Istana dengan hasil tanglong yang dihiasi mereka sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >