Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Berusaha ke arah masyarakat berdaya tahan lalui norma baru'

Karyawan penjagaan kesihatan berperanan bimbing masyarakat harungi Covid-19 di tahap endemik: Masagos di sesi dialog anjuran BH
Oct 12, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI keprihatinan yang ditimbulkan beberapa karyawan penjagaan kesihatan sedang Singapura bergerak ke norma baru untuk hidup dengan Covid-19 amat difahami dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya sedang ditimbangkan, kata Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dengan vaksinasi lengkap dan langkah tambahan pencegahan seperti dos penggalak, masyarakat boleh berdaya tahan dan hidup dengan virus, ujar beliau.



Encik Masagos berkata demikian semasa merumuskan perbincangan dalam satu sesi dialog dalam talian bersama 11 karyawan penjagaan kesihatan - lima doktor dan enam jururawat - anjuran Berita Harian (BH) semalam.



Sambil menghargai sumbangan besar para pekerja kesihatan itu mengharungi Covid-19, Encik Masagos berkata mereka perlu membawa masyarakat Melayu untuk terus bersedia dalam meningkatkan pengetahuan dan kewaspadaan ketika Singapura memasuki fasa baru hidup bersama virus Covid-19 di peringkat endemik.



Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menyentuh tentang kehidupan Singapura dalam fasa baru dalam sesi dialog dua jam yang turut dihadiri Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Mengimbau latar belakang pandemik, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata: "Saya juga juga meminta kerjasama serta sokongan daripada Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) untuk bersama-sama memberi penjelasan serta pendidikan kepada masyarakat tentang cabaran memasuki norma baru ini.



"Dalam fasa basa baru ini, kita memerlukan kumpulan penjagaan profesional mendidik masyarakat untuk memahami keperluan prosedur yang baru dalam menenangkan dan mententeramkan masyarakat."



Encik Masagos berkata kumpulan penjagaan kesihatan ini diharap dapat memberikan maklumat yang tepat tentang keperluan melalui langkah-langkah pengurusan selamat (SMM).



Menjangka masalah-masalah baru akan muncul ketika masyarakat memasuki ruang interaksi baru ini, beliau turut melahirkan penghargaannya terhadap kesemua karyawan penjagaan kesihatan dan jururawat barisan hadapan yang banyak berkorban sewaktu Covid-19.



Beliau berkata, mereka telah bekerja keras dalam tempoh yang lama untuk sama-sama menangani Covid-19.



"Pengorbanan anda ini akan terus diingat pada tahun-tahun mendatang dan sumbangan bermakna anda ini akan terus dikenang sepanjang masa termasuk cucu-cucu anda kelak,'' ujar Encik Masagos.



Dr Wan Rizal turut memberikan penghargaan kepada para doktor dan jururawat dalam memastikan sistem kesihatan di negara kekal utuh dan sokongan berterusan perlu diberikan kepada penjaga kesihatan.



Ketika ditanya mengenai dialog itu, Naib Presiden MHPA, Dr Nurhidayati Mohamed Suphan, berkata MHPA telah merancang untuk menjelaskan lebih lanjut tentang fasa baru yang perlu dilalui oleh masyarakat.



"Kami akan mengadakan forum kesihatan dengan lebih kerap, di samping mendekati masyarakat supaya mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling dan mengetahui tentang keutamaan penjagaan kesihatan di waktu yang mencabar ini," kata Dr Nurhidayati.



Turut hadir dalam dialog itu ialah Penasihat MHPA, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan; doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail; pakar perubatan geriatrik Dr Nur Farhan Mohamad Alami; pakar pergigian pediatrik Dr Rashid Tahir, dan enam jururawat dari pelbagai hospital dan poliklinik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >