Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berusaha tanpa kenal putus asa bawa ganjaran

Sarjan ketiga antara kadet spesialis dianugerah Bayonet Perak
May 30, 2017 | 05:30 AM



KURSUS yang dilalui sarjan ketiga (3SG) Syed Danial Syed Faisal Alhinduan sepanjang 22 minggu di Sekolah Kadet Spesialis (SCS) penuh dengan cabaran, tetapi sikap putus asa tidak pernah wujud dalam kamus dirinya.



Jauh daripada berputus asa, anak sulung daripada enam adik- beradik itu bahkan gigih berusaha sambil memberi dorongan kepada rakan seperjuangannya, mengajak mereka bersama-sama menjalani kursus mencabar itu.



Ini termasuk berbaris hingga 32 kilometer dari malam hingga ke petang esoknya, di bawah terik matahari, dengan membawa pelbagai peralatan dan air minuman seberat lebih 30 kilogram, serta latihan 'outfield' tujuh hari enam malam, yang menguji kecekapan mereka mengatasi satu misi selepas satu misi.



Namun, 3SG Syed Danial terdorong oleh 'misi' beliau sendiri, yang ditetapkannya saat mula menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa Oktober lalu.



"Apabila saya masuk NS, saya tahu saya mahu manfaatkan tempoh dua tahun ini sepenuhnya, dan oleh itu saya menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh," ujar lulusan jurusan bioteknologi Politeknik Republic itu.



Kecemerlangan 3SG Syed Danial diiktiraf apabila beliau muncul sebagai antara sekitar 90 Kadet Spesialis (SCT) yang dianugerahkan Bayonet Perak daripada 1,200 pelatih kursus itu yang menyertai perbarisan tamat latihan di Kem Pasir Laba baru-baru ini.



3SG Syed Danial akan berkhidmat sebagai komander seksyen di Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura (1SIR) dan memulakan kursus sarjan platun selepas ini.



Beliau juga berhasrat menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai pegawai sepenuh masa.



3SG Syed Danial berkata menerusi pengalaman di SCS, beliau antara lain belajar menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dan menguruskan masa dengan lebih baik.



"Saya sedar sebelum NS saya jarang meluangkan masa dengan keluarga kerana sentiasa bekerja sebagai guru tuisyen, pemandu alih kereta dan sebagainya.



"Namun kini saya sedar akan pentingnya keluarga, lebih-lebih lagi semasa saya menjalani latihan mencabar itu, dan saya kini lebih menghargai masa bersama mereka," kata beliau.



Tetamu terhormat di perbarisan tamat latihan itu ialah Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri (PMO)), Encik Sam Tan.



Dalam ucapannya, Encik Tan menekankan peri perlu pasukan pertahanan kukuh, lebih-lebih lagi dengan kejadian serangan pengganas seperti di Manchester dan Jakarta baru-baru ini.



"Janganlah kita memandang ringan keamanan yang kita nikmati sekarang. Kita hidup tanpa perlu takut tentang perang atau penaklukan kerana pegawai SAF mempertahankan udara, darat dan laut kita 24/7 (24 jam, tujuh hari seminggu).



"Anda, yang akan menjadi spesialis dalam SAF, kini menyertai mereka untuk mempertahankan tempat tinggal dan keluarga kita," kata beliau kepada para pelatih itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >