Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Bestari bawa ceria Ramadan kepada penduduk Keat Hong

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 43 keluarga yang kurang bernasib baik di Keat Hong dapat mengukir senyuman Ramadan ini.



Ini setelah mereka menerima habuan dalam satu inisiatif yang dianjurkan oleh kumpulan sukarelawan bernama Bestari dari Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Keat Hong.



Para penduduk telah menerima beg habuan yang diagihkan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, bersama sukarelawan sebelum bermulanya Ramadan.



Beg habuan itu berupa barangan dapur seperti beras yang ditaja oleh syarikat khidmat makanan, Boon Lay Power Nasi Lemak.



Menurut Cik Junaidah Tarjo, yang bertanggungjawab bagi Bestari - kumpulan relawan di bawah CCMS yang baru ditubuhkan bulan ini - usaha itu bertujuan mendampingi keluarga-keluarga yang benar-benar memerlukan.



"Sempena Ramadan ini, kami mengambil peluang melawat mereka di rumah dan menyampaikan habuan ini kerana ingin mereka tahu bahawa kami peduli tentang mereka dan mahu memastikan mereka tidak keseorangan semasa Ramadan mahupun pada bila-bila mereka yang memerlukan.



"Kami juga ingin mereka tahu bahawa kumpulan Bestari ini sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan serta boleh menjadi tempat untuk mereka mendapatkan nasihat dan rujukan," jelas Cik Junaidah.



Pemilik Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Badrol Hisam Ramli, yang menaja habuan bernilai lebih $3,000, berbesar hati dapat menyertai usaha murni menolong golongan yang kurang bernasib baik.



"Walaupun saya memang selalu sertai usaha sumbangan derma makanan tetapi saya tidak pernah terlibat dalam usaha seperti yang dilakukan ini.



"Jadi apabila ditanya, saya bersetuju menyokong inisiatif ini demi membantu keluarga yang susah," ujar beliau semasa dihubungi.



Kumpulan Bestari yang ditubuhkan pada 1 April, terdiri daripada 12 anggota sukarelawan, yang rata-rata merupakan penduduk warga emas.



Kata Cik Junaidah, matlamat pembentukan kumpulan itu ialah merapatkan hubungan antara penduduk di kawasan Keat Hong dan mendekati golongan keluarga yang memerlukan.



"Kami dapati ada penduduk memerlukan yang hidup terasing dan tidak begitu bercampur gaul dengan lain atas apa sahaja sebab.



"Maka itu, kami berharap untuk mendekati golongan ini, terutama jika mereka memerlukan bantuan dan rujukan," terang beliau.



Tambahnya, lebih banyak kegiatan seperti bengkel akan dianjurkan untuk golongan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >