Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH anjur buka puasa bersama pekerja migran

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 50 pekerja migran berbuka puasa di Tuas View Dormitory semalam dalam satu majlis yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Berita Harian (BH).



Acara itu dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Turut hadir ialah Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman, dan Ketua Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (Ace), Encik Tung Yui Fai.



"Pandemik Covid-19 amat mencabar untuk semua orang, dan saya pasti ia bukan mudah untuk semua. Tetapi, kerana usaha semua, kami kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh,'' kata Encik Zaqy.



Beliau menambah Ramadan tahun ini cukup istimewa kerana dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat, ia memberi peluang kepada pekerja migran Islam menyertai solat berjemaah yang lebih besar di dormitori dan ke masjid.



Encik Saat pula mengiktiraf kerja keras para pekerja migran di Singapura yang telah banyak melalui cabaran sejak dua tahun lalu, dan berkorban demi kepentingan masyarakat.



Mereka berbuka puasa dengan nasi beriani ayam, kuih muih serta buah-buahan dan menunaikan solat maghrib berjemaah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >