Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH dan TNP 'satu hati' hasil laman mikro dwibahasa

Jul 02, 2016 | 05:30 AM



WADAH digital Berita Harian (BH) dan The New Paper (TNP) telah berganding bahu untuk menghasilkan laman mikro (microsite) dwibahasa yang memaparkan kisah harapan sempena Ramadan dan Hari Raya.



Buat julung-julung kalinya kerjasama itu bertujuan menyentuh hati pembaca Melayu dan Inggeris dengan laporan pengalaman menyambut Ramadan dan Hari Raya bagi mereka yang kurang bernasib baik.



Empat laporan disediakan dalam kededua bahasa - dua laporan BH telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, manakala dua laporan TNP dalam bahasa Inggeris pula diterjemahkan kepada bahasa Melayu.



Pengunjung laman mikro itu juga berpeluang mendapatkan laporan lebih menyeluruh dengan video temu ramah yang bertujuan melengkapkan laporan tersebut.



Antara laporan yang dipaparkan adalah kisah 'Nisa', 17 tahun, penghuni Jamiyah Darul Ma'wa yang rindu mahu beraya bersama ibunya.



Laporan BH bertajuk Di mana kau ibu? Saya rindu nak beraya bersama mengisahkan harapannya bertemu dengan ibunya sekali lagi selepas menetap di Jamiyah Darul Ma'wa selama lapan tahun.



Di samping itu, BH juga menyumbangkan laporan tentang pengalaman Cik Elie Yunara Rowden, 57 tahun, yang menghidap penyakit ginjal kronik dan kemurungan.



Dalam laporan Ingin nikmati bahagia berhari raya, beliau berharap kehadiran keluarga serta saudara-maranya sempena Hari Raya dapat mengubati perasaannya yang terganggu dek berita mengenai penyakitnya itu.



Laporan TNP bertajuk Mendambakan pertemuan dan diterjemahkan daripada versi Inggeris mengisahkan tentang 'Ahmad', penghuni rumah kanak-kanak Pertapis yang ingin disatukan semula dengan ibunya.



Laman mikro itu juga memaparkan laporan mengenai pengalaman dan cabaran pegawai rumah kebajikan dalam laporan bertajuk Beramal sebagai 'kerjaya' kedua.



Editor Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman, berkata bahawa usaha tersebut bertujuan mendekati lebih ramai pembaca.



"Melalui inisiatif ini, BH berharap menjangkau lebih ramai pembaca, terutama dalam tempoh bulan Ramadan, dan kami juga telah meningkatkan jumlah laporan berkaitan Ramadan dan juga Hari Raya."



Editor digital TNP, Encik Jonathan Matthew Roberts, berkata beliau berharap integrasi rentas bilik berita seperti itu dapat memberi manfaat kepada pembaca dan harus diteruskan.



"Saya rasa ia sesuatu yang baik dan lebih banyak usaha seperti ini harus diadakan, terutama apabila tiba acara budaya yang bererti seperti Hari Raya," katanya.



Orang ramai boleh melungsuri tnp.sg/ramadan2016 untuk mengikuti laporan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >