Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

BH, Hospital Raffles anjur seminar kesihatan hari ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BH, Hospital Raffles anjur seminar kesihatan hari ini

Oct 06, 2018 | 05:30 AM

BERITA HARIAN (BH) mengundang anda menghadiri seminar kesihatan yang bertujuan memberi panduan gaya hidup lebih sihat yang boleh diikuti ramai.

Berjudul 'Fahami Keadaan Kesihatan Anda & Jalani Hidup Ceria', seminar itu berlangsung hari ini dan bakal menampilkan lima penceramah dari Hospital Raffles.

Salah seorang penceramah ialah pakar dalam Perubatan Geriatrik dan Konsultan Pusat Perubatan Dalaman Raffles, Dr Nur Farhan Mohammad Alami, yang akan membincangkan mengapa terdapat peningkatan mereka yang menghidap dua atau lebih masalah kesihatan.

Beliau juga akan berkongsi pandangannya tentang peri penting ubat yang berbeza dan kesan kepada kita.

Penceramah lain termasuk:

- Pakar dalam Perubatan Dalaman dan Reumatologi serta Konsultan Pusat Perubatan Dalaman Raffles, Dr Chong Yong Yeow;

- Pakar dalam Dermatologi dan Konsultan Kulit dan Aestetik Raffles, Dr Tan Siew Kiang;

- Pakar dalam Pembedahan Ortopedik dan Konsultan Pusat Ortopedik Raffles, Dr Anthony Foo; dan

- Pakar Fisioterapi Kanan, Pusat Pemulihan Raffles, Cik Nur Faradyna Putri Kamarudin.

Dianjurkan bersama oleh BH dan Hospital Raffles, seminar itu akan diadakan di Auditorium SPH News Centre, di Toa Payoh North.

Seminar dijadual berlangsung dari 1 petang hingga 5 petang.

Pendaftaran bermula 12.30 tengah hari.

Bayaran sebanyak $15 dikenakan bagi setiap peserta termasuk jamuan ringan dan cenderahati.

Kirimkan e-mel kepada seminars@rafflesmedical.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Sekilas

Seminar Fahami Keadaan Kesihatan Anda & Jalani Hidup Ceria, anjuran Berita Harian & Hospital Raffles

Siapa: Lima penceramah pakar dari Raffles Medical Group

Bila: Hari ini, 1-5 petang

Tempat: Auditorium, SPH News Centre, 1000, Toa Payoh North, Singapura 318994

Pendaftaran: $15, bermula 12.30 tengah hari

*Jamuan ringan dan cenderahati disediakan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3