LANGKAH meniadakan sistem penyaluran menjelang 2024 dan menggantikannya dengan pendekatan Pengumpulan Berdasarkan Mata Pelajaran Secara Penuh (SBB Penuh) umumnya dialu-alukan ramai - terutama ibu bapa dan para pelajar.
Pendekatan SBB Penuh akan membolehkan pelajar mengambil mata pelajaran pada tahap yang sesuai dengan keupayaan mereka sekali gus membuka peluang bagi pelajar yang dahulunya digolongkan dalam aliran Ekspres dan Normal bergaul dalam suasana bilik darjah.