Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH lancar kursus bahasa Melayu untuk bukan Melayu

Oct 25, 2017 | 05:30 AM



BERITA Harian (BH) melancarkan kursus Bahasa Melayu untuk penutur bukan Melayu yang akan bermula pada pertengahan Januari depan dan berlangsung hingga April.



Dibangunkan oleh sekumpulan pakar bahasa dan mantan guru, program itu bertujuan memperkenal bahasa Melayu asas.



Sebanyak 15 sesi akan diadakan sepanjang tempoh tersebut.



Program itu dilancarkan semalam di sebuah forum anjuran BH yang bertajuk 'Bahasa Melayu: Peranan dan Nilainya di Rantau Ini'.



Sekitar 200 orang menghadiri acara yang berlangsung di auditorium bangunan News Centre di Toa Payoh North itu, termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing.



Forum tersebut menampilkan ahli panel termasuk Pemangku Pesuruhjaya Malaysia ke Singapura, Encik Jamal Sharifuddin Johan; Kaunselor Menteri Fungsi Politik Kedutaan Besar Indonesia di Singapura, Encik Tjoki Aprianda Siregar; Timbalan Ketua Jabatan Pengajan Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Azhar Ibrahim; dan seorang doktor Hospital Masyarakat Yishun serta pemimpin akar umbi, Dr Djoni Huang.



Dalam ceramahnya, Encik Jamal menarik perhatian bahasa Melayu semakin penting dalam sektor privet di Malaysia juga.



"Semakin ramai peniaga di Malaysia yang menggunakan wadah Internet dan media sosial untuk mengiklankan produk mereka dalam bahasa Melayu," ujarnya.



Encik Tjoki pula mengongsi pandangan tentang peranan bahasa Melayu dalam memperkukuh jalinan dan kerjasama di rantau ini, termasuk antara Singapura dan Indonesia.



"Meskipun terdapat perbezaan antara bahasa Indonesia dan bahasa Melayu, dengan adanya bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca), ia menjadi jambatan pelbagai pandangan," katanya.



Selain itu, bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam usaha memahami masyarakat Islam di rantau ini, yang mempunyai paling ramai penduduk Islam di dunia, kata Dr Azhar pula.



Bahasa Melayu ialah bahasa ilmiah dan wacana Islam di Asia Tenggara.



Mereka yang ingin menjadi pakar atau memahami Islam di rantau ini harus mempunyai akses kepada bahasa Melayu, ujarnya.



Dr Huang pula berkata keupayaan bertutur dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu, telah membantu dalam tugasnya sebagai seorang doktor dan kerja masyarakatnya sebagai pemimpin akar umbi.




KURSUS BAHASA MELAYU BERITA HARIAN



  • Disasarkan kepada penutur bukan Melayu

  • 15 sesi akan diadakan dari Januari hingga April depan

  • Rabu, 7.30 malam hingga 9.30 malam (atau Khamis jika cuti umum jatuh pada Rabu) di Berita Harian

  • Bayaran $99 bagi 15 sesi

  • Dihadkan kepada 30 pendaftar pertama

  • Mereka yang berminat boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut di laman https://goo.gl/5jXSyf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >