Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH, NAC anjur program cungkil bakat penulis kreatif

Program 'Mencari Kristal' tawar hadiah $5,000 buat pemenang peraduan cerpen, peluang ikuti bengkel eksklusif
Jun 01, 2016 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya, Berita Harian bakal mengadakan program pengembangan bakat penulis tempatan pada Jun hingga Disember ini dalam usaha merancakkan lagi suasana persuratan Melayu di Singapura.



Dinamakan Mencari Kristal, program ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Program enam bulan ini menawarkan peluang keemasan kepada peserta memperkaya pengalaman dan pengetahuan dalam tiga aspek - penulisan, penerbitan dan pemasaran karya.



Menariknya, program Mencari Kristal membolehkan orang ramai menyertai peraduan menulis cerpen bertemakan Debar Cinta.



Penyertaan dalam peraduan ini adalah percuma.



Selepas itu, satu panel tiga pengadil akan memilih 35 peserta yang menghasilkan karya baik. Barisan pengadil yang diundang menilai karya peserta merupakan sasterawan dan seniman mapan.



Kesemua 35 peserta itu kemudian memasuki pusingan kedua, di mana mereka berpeluang mengikuti enam sesi latihan - juga secara percuma - yang dipimpin enam karyawan dan penulis ternama generasi baru dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.



Enam karyawan ini sudah mencipta nama dalam bidang kesusasteraan Melayu di negara masing-masing.



Pada masa ini, peserta perlu menghasilkan karya kedua yang akan dinilai satu lagi panel berasingan.



Lapan karya terbaik akan dipilih sebagai finalis. Pemenang utama berpeluang menerima hadiah wang tunai dan piala.



Mengenai matlamat mengadakan program Mencari Kristal ini, Editor Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman, berkata pendekatan baru lagi segar diperlukan bagi menggalak masyarakat memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu negara.



"Sebagai akhbar berbahasa Melayu, kami memainkan peranan penting dalam memupuk minat dan meningkatkan cinta masyarakat terhadap bahasa ibunda dan sebagai bahasa kebangsaan kepada masyarakat secara amnya.



"Oleh sebab itu, pendekatan BH dan NAC ini diharap mampu menyuntik kesegaran kepada suasana persuratan dan kesusasteraan Melayu di sini," ujarnya.



Demi merancakkan lagi program Mencari Kristal, peserta peringkat akhir dibenar 'memasarkan' karya mereka kepada umum di laman media sosial mereka sendiri.



Hasil maklum balas orang ramai turut dijadikan ukuran oleh pengadil dalam menentukan mutu kemenangan sesebuah karya.



Menyentuh tentang pendekatan ini, Editor Digital Berita Harian, Encik Puad Ibrahim, berkata apa yang ingin diterapkan ialah 'semangat berniaga' dalam diri penulis.



"Seringkali kita melihat penulis dan sasterawan mengeluh kerana karya mereka sukar menembusi pasaran. Jadi menerusi program Mencari Kristal, kami berusaha membantu penulis mengenalpasti pelbagai kaedah yang dapat membantu meningkatkan nilai pasaran karya mereka," ujar beliau.



Senarai lapan peserta peringkat akhir akan diumumkan November ini. Kesemua lapan cerpen terbaik akan disiarkan di ruangan Sastera Berita Harian/Berita Minggu.



Butiran lanjut tentang peraduan menulis cerpen dan perincian bengkel boleh didapatkan menerusi laman http://mencarikristal.sg.




"Sebagai akhbar berbahasa Melayu, kami memainkan peranan penting dalam memupuk minat dan meningkatkan cinta masyarakat Melayu terhadap bahasa ibunda dan sebagai bahasa kebangsaan kepada masyarakat secara amnya.



Oleh sebab itu, pendekatan BH-NAC ini diharap mampu menyuntik kesegaran kepada suasana persuratan dan kesusasteraan Melayu di sini."



- Editor BH/BM, Encik Saat Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >