BH perkenalkan aplikasi versi terbaharu
Pengguna kini boleh menikmati bahan berita dengan cara yang mesra pengguna
Feb 21, 2015 | 05:30 AM
BERITA HARIAN telah melancarkan aplikasi bergerak versi terbaharunya yang kini boleh dimuat turunkan ke telefon bijak jenis Android (Google Playstore) dan iOS (Apple AppStore) secara percuma.
Antara ciri-ciri menarik versi baru itu termasuk reka letaknya yang mesra pengguna supaya mudah bagi pengguna melayari aplikasi tersebut bagi menyusur bahan berita.