Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH , PPIS anjur webinar kesihatan mental

Bincang cabaran semasa pandemik, cara tangani seiring sokongan masyarakat yang ada
Sep 23, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Berita Harian akan menganjurkan satu webinar kesihatan mental bulan depan menjelang Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada 10 Oktober.



Webinar bertajuk Be Kind To Your Mind atau Utamakan Minda Anda itu akan berlangsung pada 2 Oktober, 10.30 pagi hingga 12 tengah hari, menerusi wadah Zoom.



Acara itu turut disokong Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).



Dengan menampilkan tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob yang juga akan menyampaikan ucapan di acara tersebut, webinar itu akan membincangkan tentang cabaran kesihatan mental yang dihadapi keluarga dan ibu bapa semasa pandemik Covid-19.



Webinar itu juga akan membincangkan bagaimana keluarga dan ibu bapa dapat menangani cabaran itu dengan lebih baik dalam norma baru sekarang.



Selain itu, webinar tersebut akan mengetengahkan sokongan seluruh masyarakat yang dapat membantu orang ramai menyokong keperluan dan kesihatan mental mereka.



Ahli panel yang akan menyertai webinar itu termasuk Pengarah Eksekutif Silver Ribbon (Singapura) dan Anggota Lembaga Persekutuan Kesihatan Mental Dunia, Cik Porsche Poh; Pengarah Alwafa dan Anggota Kehormat Majlis Tertinggi Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman; serta Pekerja Sosial Utama Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Barat), Cik Nasriah Nasir.



Webinar itu akan turut disertai moderator, Cik Shahida Sarhid, yang juga Koresponden Berita Harian.



Webinar selama satu jam setengah itu akan berlangsung dalam bahasa Inggeris.



Pendaftaran adalah percuma namun pendaftaran diperlukan.



Mereka yang berminat boleh daftar di laman web https://bit.ly/bkind2mind dari sekarang hingga 30 September.




MAKLUMAT WEBINAR KESIHATAN MENTAL



TAJUK: Be Kind To Your Mind (Utamakan Minda Anda)



Sertai perbincangan tentang cabaran kesihatan mental yang dihadapi keluarga dan ibu bapa semasa pandemik ini, dan bagaimana untuk menanganinya dengan lebih baik dalam norma baru sekarang.



TETAMU TERHORMAT: Presiden Halimah Yacob



TARIKH DAN WAKTU: 2 Oktober, 10.30 pagi - 12 tengah hari



Di: Wadah Zoom



AHLI PANEL:



  • Cik Porsche Poh

    Pengarah Eksekutif, Silver Ribbon (Singapura) dan Anggota Lembaga, Persekutuan Kesihatan Mental Dunia

  • Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman

    Pengarah Alwafa dan Anggota Kehormat Majlis Tertinggi Pergas

  • Cik Nasriah Nasir

    Pekerja Sosial Utama, Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Barat)

MODERATOR:



Cik Shahida Sarhid

Koresponden Berita Harian



ANJURAN BERSAMA:



Persatuan Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Berita Harian



DISOKONG OLEH:



Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC)



Webinar akan berlangsung dalam bahasa Inggeris. Pendaftaran percuma.



Daftar di laman web https://bit.ly/bkind2mind.




"Berita Harian (BH) berbesar hati dapat bekerjasama dengan PPIS bagi menganjurkan webinar mengenai kesejahteraan mental. Isu kesihatan mental kini merupakan topik penting sedang ramai keluarga bergelut dengan cabaran dan tekanan kehidupan, yang diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19. Harapan kami ialah webinar ini dapat menyumbang kepada usaha pelbagai pihak dalam meningkatkan kesedaran mengenai topik penting ini."
- Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat Abdul Rahman.



"Stigma dan tanggapan salah terhadap kesihatan mental harus dihakis dan ini adalah usaha kita bersama, sebagai satu masyarakat yang kukuh.

Bagi mereka yang sedang mengalami masalah mental, sokongan dan galakan amat diperlukan. Penting untuk mereka ketahui, bahawa mereka tidak perlu menghadapi cabaran ini sendiri. Ada bantuan dan ada sokongan."

- Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >